AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Monday, June 13, 2011

PM umum pelaburan RM2.27b


NAJIB Tun Razak (belakang, empat kanan) bergambar bersama ketua-ketua syarikat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) selepas pengumuman pencapaian ETP di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur, semalami. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (belakang, empat kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala (belakang, tiga kanan). – Bernama



KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan lagi inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.
Pelaburan itu memberi impak kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.
Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan enam projek ETP membabitkan pembinaan loji penapisan dan pembangunan bersepadu petrokimia (RAPID) berjumlah RM60 bilion.
Gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan GNI sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.
Najib berkata, secara terkumpul ETP kini mencatatkan pelaburan berjumlah RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion dan 362,396 pekerjaan baharu.
‘‘Jumlah pelaburan ini adalah terbesar dalam sejarah (pelaburan) direkodkan bagi jangka pendek,’’ katanya ketika mengumumkan kemajuan projek ETP kali keenam di sini hari ini.
Sembilan inisiatif baharu itu melibatkan projek Bandar Pendidikan Perubatan Perdana seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson oleh Kumpulan UCSI, syarikat induk universiti UCS.
Najib berkata, inisiatif itu juga menyaksikan pembabitan SEGI Education Group dengan lapan buah pembekal latihan Pusat Latihan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) bagi pembinaan pusat latihan ECCE di kawasan Greater Kuala Lumpur dan di seluruh negara.
Di bawah bidang kesihatan, Sime Darby Healthcare Group akan memajukan dua hospital pakar, Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC AD) dan Sime Darby Medical Centre Park City, masing-masing melibatkan pelaburan sebanyak RM240 juta dan RM40 juta.
Selain itu, Biocon juga melabur dalam pembinaan kemudahan di BioXcell, sebuah taman dan persekitaran bio-teknologi di Iskandar Malaysia.
Perdana Menteri berkata, di bawah bidang pertanian, JEFI Aquatech Resouces Sdn. Bhd. akan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran halal dan antarabangsa .
Katanya, Yanming Resources Sdn. Bhd. pula sedang melabur RM5 juta meningkatkan pengeluaran sarang burung sedia dimakan.
Najib berkata, VADS Bhd. dan Cisco telah memeterai persetujuan membina infrastruktur Telepresence Exchange pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perhubungan video selenggara kepada sektor awam dan swasta di Malaysia dan negara-negara serantau.
Katanya, Kementerian Pelancongan akan memperkenalkan 1Malaysia Jualan Bersepadu buat kali pertama mulai 15 Jun ini hingga 31 Ogos 2011 dengan menyatukan jualan murah terbesar tiga kali setahun kepada satu jualan besar diselaraskan.
Beliau berkata, Konsortium Rangkaian Serantau Sdn. Bhd. dianggotai 24 buah syarikat sedang mendapatkan harga borong lebih rendah bagi bekalan jalur lebar tempatan dan antarabangsa.
Perdana Menteri berkata, inisiatif baharu juga membabitkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengadakan sistem pemantauan penghantaran sarang burung ‘swiflet’ ke seluruh dunia.
Katanya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menerajui program Pencapaian Kestabilan melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) bagi meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima daya usaha.
Najib berkata, peningkatan penggunaan peralatan cekap tenaga dibuat dengan menyediakan rebat bagi penghawa dingin dan peti sejuk mulai Julai ini. Katanya, di bawah ETP, Bureau Veritas, peneraju khidmat keakuran membeli Scientige Sdn. Bhd. untuk mengukuhkan keupayaannya.
Perdana Menteri berkata, di bawah perkhidmatan perniagaan AMD merasmikan pusat terbaharunya di Cyberjaya melibatkan pelaburan RM500 juta untuk menyokong perniagaan di seluruh dunia.

Thursday, June 2, 2011

234.56 juta saham disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia

MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu sayap perniagaan gula FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia membabitkan 234.56 juta saham.
Daripada jumlah itu, 206.44 juta saham diperuntukkan kepada pelabur institusi, yang mana 73.811 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan dan asing; 80.8 juta untuk institusi terpilih Bumiputera; dan 51.79 juta untuk Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF).

Sebanyak 28.12 juta saham pula ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 14.06 juta adalah untuk langganan awam, manakala 14.06 juta lagi untuk kakitangan syarikat itu dan anak syarikatnya yang layak.

Bagi saham yang diperuntukkan kepada pelabur runcit, ia ditawarkan pada harga RM3.38 seunit atau 97 peratus daripada harga muktamad bagi bahagian peruntukan pelabur institusi yang akan ditetapkan menerusi proses bidaan.

Berdasarkan harga tawaran bagi pelabur runcit itu, IPO itu bakal menjana RM792 juta modal, yang mana RM422.5 juta akan diraih oleh MSM Holdings yang akan digunakannya bagi perbelanjaan modal.

Harga itu juga meletakkan nilai syarikat gula terbesar negara itu pada RM2.4 bilion.
MSM Holdings selepas penyenaraiannya akan mempunyai saham berbayar berjumlah 702.98 juta.

Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif FELDA Global Group, Datuk Sabri Ahmad berkata, sebahagian daripada RM422.5 juta yang dijana menerusi IPO itu akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran gula syarikat itu kepada 1.5 juta tan berbanding 1.1 juta tan ketika ini.

Antara langkah yang akan diambil katanya, termasuk membeli tanah di rantau ini bagi penanaman tebu, untuk memastikan bekalan gula yang mencukupi.

“Cabang penapisan gula (FELDA) ini adalah yang terbesar di Malaysia hari ini dari segi aktiviti hiliran (tetapi) kami mempunyai jurang yang besar dari segi aktiviti huluan kerana kami mengimport 95 peratus gula mentah.

“Justeru, rancangannya adalah untuk menggunakan dana itu bagi pertumbuhan yang mana salah satu daripada keutamaannya adalah untuk meneroka rantau ASEAN bagi melihat sama ada kami boleh kembangkan perladangan gula,” katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus IPO syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, penyenaraian MSM Holdings itu mampu meningkatkan kedudukan Bursa Malaysia di kalangan komuniti pelaburan antarabangsa.

Katanya, penyenaraian itu juga akan merangsang syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang lain untuk mengurangkan pegangan saham mereka dalam syarikat berpotensi untuk meningkatkan lagi kecairan dan halaju perdagangan pasaran sekali gus membantu mencergaskan pasaran modal negara.

“Penyenaraian seperti ini sangat ditunggu-tunggu kerana kecairan dalam tawaran awam seperti ini yang agak besar dan mampu menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa,” katanya.

Monday, May 16, 2011

Pembeli Saham bank Rakyat yang Merugikan

Bank Rakyat Buka Saham Baru RM1 Bilion Pada 2011

UPDATE:

Mengikut Kosmo semalam, Bank Rakyat akan menambah modal syer berbayar setelah diberi kelulusan oleh Bank Negara Malaysia bulan Mac 2011. Penambahan adalah sebanyak RM1 bilion kepada RM3 bilion.

Maklumat lanjut mengenai pengangihan akan dibuat pada Mei 2011 nanti oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

I am sure ramai yang menantikan mengenai pengeluaran saham baru Bank Rakyat ini tidak kira pemegang saham sediakala mahupun bakal pemegang saham memandangkan Bank Rakyat dengan consistent dapat memberi pulangan yang lumayan @15% setiap tahun. Mesti ramai nak beli kan saham Bank Rakyat tahun 2011? Terbaru dividen untuk 2010 juga sebanyak 15%.

Ada call Bank Rakyat untuk mengetahu lebih lanjut dan mereka cakap although yang diluluskan sebanyak RM1 bilion tapi belum tahu lagi berapa banyak portion akan diagihkan kepada public since board meeting belum diadakan lagi, so kalau yang nak tahu mengenai saham Bank Rakyat ini kenalah tunggu, berapa banyak, kepada siapa, bila, macam mana dan banyak lagi persoalan yang timbul. So kepada yang sudah dalam senarai menunggu "waiting list", sabar ya, kalau ada tak ke mana saham Bank Rakyat tu. Sistem diaorang down sebab ramai sangat yang bertanya.

Jom baca lebih lanjut:

Sunday, May 15, 2011

Pelabur Saham Bunuh Diri

KESAN PSIKOLOGI PELABUR KEPADA PELABURAN

Beberapa tahun kebelakangan ini, kelakuan kewangan (behavioural finance) telah mula mendapat tempat dalam usaha menerangkan anomali-anomali kewangan dalam pasaran saham. Anomali ini mungkin dianggap kurang penting kerana ianya lebih kepada teori, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tindakan pelabur di pasaran saham.

Apa itu Kewangan Kelakuan?

Kewangan kelakuan adalah kajian untuk menerangkan kelakuan kewangan dari aspek psikologi. Semenjak beberapa tahun yang lepas, pakar psikologi telah menemui dua faktor emosi utama yang menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko iaitu harapan dan kebimbangan. Ada beberapa konsep utama yang akan membantu anda lebih memahami mengapa setengah-setengah pelabur menunjukkan sifat tertentu  apabila membuat keputusan pelaburan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan empat kesan psikologi tersebut:

Psikologi 1: Menyesali keputusan pelaburan yang dibuat

Cuba ingat kembali bila anda gagal untuk mengurangkan kerugian atau apabila terlepas peluang untuk membeli saham yang sepatutnya dibeli kerana anda tahu ia adalah belian yang bagus. Bayangkan apabila harga saham yang tidak dibeli tersebut mula melonjak naik. Sudah pasti anda rasa menyesal kerana tidak membuat tindakan yang sepatutnya. Apakah kesannya kepada keputusan pelaburan anda? Kebanyakan pelabur tidak menjual saham rugi mereka dengan harapan harga saham tersebut akan melonjak semula untuk menghilangkan rasa sesal. Mereka lebih rela untuk rugi atas kertas daripada mengakui bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Dalam setengah-setengah kes, para pelabur akan menyalahkan penasihat kewangan apabila keputusan pelaburan tersebut dicadangkan oleh penasihat kewangan untuk mengelakkan rasa menyesal.. Dalam konteks ini, rasa penyesalan ini memang jelas mempengaruhi pelabur dimana mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan di masa depan.

Psikologi 2: Tidak sanggup menghadapi kerugian

Daniel Kahneman dan Amos Tversky (1979), mengatakan bahawa “We have an irrational tendency to be less willing to gamble with profits than with losses”. Kahneman dan Tversky mendapati, apabila berdepan dengan 2 pilihan iaitu:

-    Pertama, pelabur menerima hakikat bahawa mereka telah mengalami kerugian
-    Kedua, pelabur mendapati masih ada peluang tipis untuk pelaburan tersebut tidak mengalami kerugian

Pelabur biasanya akan memilih pilihan yang kedua. Fenomena ini bermakna orang ramai tidak suka mengalami kerugian. Jadi, apabila terlibat dalam situasi yang merugikan, mereka akan sanggup mengambil risiko biarpun hanya mempunyai harapan yang tipis. Sebaliknya, apabila berdepan dengan keadaan “sure gain” (pasti untung) mereka tidak berani mengambil risiko. Para pelabur yang bersikap begini akan membeli  saham mereka dengan harga saham asal yang dibeli dan tidak menjualnya kembali di pasaran. Pelabur-pelabur sebegitu selalunya akan memegang saham yang telah rugi untuk suatu jangka masa yang terlalu lama dan yang menyebabkan nilai saham itu susut dan merugikan mereka.

Psikologi 3: Bersikap terlalu yakin dengan kemampuan diri

Kajian mendapati bahawa pelabur terutamanya yang masih baru di pasaran biasanya terlalu yakin dengan  kemampuan mereka untuk meramal arah pasaran. Berbanding dengan pelabur berpengalaman, pelabur baru di pasaran biasanya akan menetapkan pulangan yang tinggi dan akhirnya akan tergamam dengan pulangan yang tidak menyebelahi mereka. Akibat daripada sikap terlalu yakin, segelintir pelabur akan kerap melakukan transaksi yang tidak menguntungkan malah merugikan pelaburan mereka. Dengan kemudahan transaksi atas talian, ada yang telah berhenti kerja semata-mata untuk menceburi pasaran saham dengan tanggapan mereka mampu meramal pasaran serta mendapat wang segera. Golongan inilah yang selalunya akan mengalami kerugian yang banyak jika mereka meneruskan hasrat tanpa memahami apa yang dijual beli terutamanya dalam pasaran tidak menentu.

Psikologi 4: Terlalu bergantung dengan prestasi lampau syarikat

Ini adalah fenomena dimana orang ramai akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan prestasi lalu dan menggunakannya untuk meramal masa hadapan. Walaupun kita boleh menggunakan prestasi masa lalu untuk menilai sesebuah syarikat, namun kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya. Ini kerana prestasi lalu tidak menjamin prestasi syarikat dan hanya boleh dijadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan.

Apa yang telah dibincangkan di atas adalah sebahagian daripada fenomena kelakuan kewangan yang dilalui oleh pelabur-pelabur yang berpengalaman. Dengan memahami psikologi disebalik kelakuan pelabur, anda boleh mengenal pasti kesalahan-kesalahan biasa dan mengelak melakukan kesalahan yang sama  pada diri sendiri. Dengan belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang berada di pasaran, menganalisis bagaimana dan apa yang mereka fikirkan, ini boleh membantu anda dalam memahami selok-belok melabur di pasaran kelak.

Wednesday, May 11, 2011

Saya Ajar Anda Cara Main Saham Yang Menguntungkan

Beberapa hari lepas saya ada menyatakan kekecewaan saya kerana tidak memohon IPO TH Plantation Bhd. Sebabnya, IPOnya telah melonjak tinggi pada awal penyenaraiannya. Topik bermain saham ini sudah saya kupas dahulu (saya pun tidak ingat bila, anda boleh check kat Best of SaifulSham!hehe.), akan tetapi banyak soalan yang datang menghujani saya, macam mana nak main saham ni?
Oklah, kita lupakan seketika soal bisnes internet ek, sebab Team SaifulSham boleh bercakap atas 4 topik kepakaran kami:
1) Bisnes Internet
2) Hartanah
3) Saham, Insurans, Unit trust dan lln berkaitan
4) Keusahawanan
So, saya akan pilih topik ke 3 hari ini sebagai maklum balas dar anda semua pembaca SaifulSham yang setia.
Sebelum saya bercakap panjang lebar atas topik kali ini, saya perlu membuat pengunguman. Apa yang anda dengari daripada SaifulSham adalah dari mulut anak muda, saya dan Sabri.
Kedua-dua kami adalah berusia 20 tahun. Ya, kami berdua masih berusia 20 tahun. Lahir tahun 1985, so saya dan Sabri belum lagi masuk hari jadi ke 21, kami berdua adalah anak muda lagi.
Sebetulnya, kami berdua tidak berasa layak untuk digelar pakar kerana kami hanya berkongsi apa yang kami tahu dan kami buat dan kesannya kepada kami. Tetapi, walaupun mungkin terlalu muda, jangan ditipu oleh bayangan usia kami.
Because we make tons of money since we start off our business (especially internet business).
Saya sebenarnya tidaklah suka menayang pendapatan kami kepada umum, tetapi atas banyak sebab, kadangkala kita kena juga tunjuk. Nantikan ada yang berkata, SaifulSham tu cakap banyak, tiru cakap-cakap mat saleh, entah betul entah tidak diorang berjaya.
Apabila tunjuk pula, timbul pula masalah lain. Saya pernah ditanya ketika seminar, mana bukti jika anda berjaya dalam perniagaan internet. Serta merta saya buka file laptop saya dan saya tunjuk apa yang saya save, income Paypal, 2checkout dan juga Maybank.
Dan apabila masalah lain pula timbul (saya tak boleh sebut, nanti ada yang datang cari kami berdua ;p), saya hanya berkata kepada mereka “Thank you, i know most of you do not believe our age with this sum of money, but this is what you too can achieve if you followed our step!”. Huhu, dengan serta merta mereka mengambil pen dan menulis setiap patah perkataan kami!
Ok, berbalik kepada bermain saham. Sebenarnya, saya sudah bermain saham ketika saya berusia 18 tahun. Sejurus lepas SPM. Seperti pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel yang lepas, pada awal pembabitan saya dalam dunia saham, saya banyak di pandu bapa saya.
Sehingga hari ini, jika ada saham-saham baru terutama IPO, saya akan telefon bapa saya dan bertanya. “Abah, ni kompeni ni nak kua IPO. Ok ke tak time skang ni? Nak apply?”
Bapa saya selalunya suka menjawab “Nanti abah study dlu kompeni tu, kalau market ok, kita apply”.
Seingat saya antara kompeni yang pernah saya pegang sahamnya adalah KLCC Properties Bhd, Digi Bhd., Scomi Group dan lain-lain. Banyaklah juga.
Memang saya akui tidak ramai pelajar yang bermain saham ketika belajar. Sebabnya adalah modal dan tiada pengetahuan akan peluang potensi bermain saham. Saya belajar di universiti yang memang pure engineering, maka mentaliti pelajar disini adalah menjadi jurutera sahaja.
Memang baik dan bagus sekali menjadi jurutera (Malaysia kan tak cukup jurutera) tetapi saya rasa itu sahaja tidak mencukupi jika kita mahu berjaya dalam kerjaya kelak. Sebetulnya tidak ramai yang berminat akan keusahawanan di universiti saya, alasan yang paling biasa saya dengar:
1) Lepas ni peluang cerah nak kerja dengan syarikat minyak gergasi. Lagi tinggi dibayar. Boleh kerja di luar negara. Income USD dollar lagi (itupun kalau awak dapat, pointer awak tu berapa je)
2) Buat ape susah nak fikir cari duit sendiri, bila dah jadi engineer nanti, gaji boleh belas-belas ribu. Kalau tak pakai mercedes umur 40, tak payahlah belajar kat sini ( itu hanya angan awak, bukan senang nak dapat tahap tu, ramai yang saya jumpa memang tidak cukup duit walaupun gaji berbelas ribu, believe me, friends of my father ramai macam tu)
3) Aku takde bakat bisnes. Ko lain la, dulu kt MRSM ambil Akaun, aku ambil biologi. (Alasan sahaja!)
4) Aku bersyukur apa yang aku dah dapat hari ni. Aku taknak kaya, aku kalau dah hidup bahagia pun dah tenang ( lagi satu lurus bendul)
Macam-macam lagilah alasan ketika saya cuba mempromosikan untuk join kelab usahawan di universiti saya.
Ok, berbalik pada main saham (sudah jauh saya menyimpang ni), ada teknik tertentu yang boleh anda ikuti.
Saya tidak akan bercakap jika saya tidak tahu, tetapi seperti yang saya beritahu “I make tons of money with stock market”.
My dad make milions since he involved in stock trading in 1983 till now!. Yes, itulah kebenarannya. Saya tahu ada lagi orang yang buat berjuta ringgit dalam dunia saham tetapi mereka ini lebih suka berahsia kejayaan mereka dari berkongsi to the public.
Bapa saya bermain saham ketika beliau masih belajar di UKM, Bangi. Mak saya pernah beritahu saya ” Mama pelik jugak ngn abah Wan time muda-muda dulu. Time belajar dekat UKM, ada-ada sahaja belanja mama makan best2. Setiap kali ajak mama keluar, makan bukan tempat biasa-biasa. Ada duit jugak abah Wan dulu. Pernah abah beli jam tangan kat mama time birthday mama…lama-lama baru mama tahu, abah Wan main saham masa itu!” (Jangan dikisahkan kisah cinta zaman 80-an ;p, saya mahu tekankan kepada main saham sahaja :p)
So, apakah cara untuk bermain saham ketika masih belajar ini. Beginilah saya kongsikan lagi sedikit pengetahuan saya ini.
Bermain saham sudah tentu, paling banyak modal, paling tinggi peluang untuk menjadi kaya. Sebab itu, pelabur yang datang melabur di pasaran saham bukannya melabur ratus-ratus ringgit, selalunya paling kurang puluhan ribu dan paling banyak pun juta ringgit.
Tetapi itu pelabur besar, saya tahu pelajar-pelajar seperti saya tidak mampu untuk sampai di tahap itu lagi.
Jadi, saya kongsi apa yang saya pernah buat ” Start small and finish big”
Tak mengapa anda bermula dengan modal ribuan ringgit sahaja, kerana satunya saya mahu golongan muda ini belajar cara bermain saham. Sebabnya, jika kita golongan pelajar hendak tunggu sampai ke tua, kumpul dulu duit sampai ratus ribu baru hendak main saham, saya kira susah.
Hari ini anda boleh bercakap untuk kumpul duit tunggu sampai tua, tetapi kebanyakannya, tidak sampai 10 peratus pun boleh melakukannya. Sudah tua, lagi banyak komitmen,maka lagi banyak duit diperlukan ke tempat lain, maka tidak sempatlah anda untuk belajar dan menceburi dunia saham.
Dunia saham adalah lubuk emas jika kita tahu caranya. Seriously talking.
Sebab itu, saya tidak kisah jika kita golongan muda mahu mencuba saham biar dengan modal kecil-kecilan. Because u will learn something. Pengalaman kita yang menjadikan kita semakin matang. Pengalaman itulah yang mahal sebenarnya.
Jadi sebelum bermain saham; mari teliti dahulu beberapa persiapan
1)Ada akaun bank simpanan di Maybank atau BCB (yes, kedua-dua bank ini membuka permohonan saham di ATM Machine, saya tak kaji bank lain macam mana, maaf ya, hehe)
2)Buka akaun CDS (syarat umur 18 tahun ke atas). Pergilah mana-mana pejabat sekuriti dan berdaftar akaun CDS. Contohnya : KL Securities Sdn Bhd.) Syarat lagi, akaun CDS itu mesti tally dengan akaun bank kita.
3) Duit busuk-busuk pun RM10k kebawah.
4) Study market, komopeni.
5) Mohonlah saham anda (digalakkan IPO sahaja buat newbie)!
Ya, ya, dan ya. Saya tidak pernah bermain saham selain saham IPO. Bapa saya lainlah, modal dia besar. Tetapi saya yang kecil sekecil ikan bilis ini hanya main saham IPO. Tetapi ingat, i still make tons of money with IPO. Jangan perkecilkan IPO.
Tetapi, IPO pun ada time dia. Macam saham biasa juga, bukan sesuka hati boleh memohon IPO. Saya selalunya perhatikan dahulu keadaan pasaran saham semasa dan asas syarikat yang saya ingin laburkan IPO itu.
Pertama: Kalaulah keadaan pasaran saham seperti waktu ini, (minyak dunia naik sampai USD70 setong), bursa malaysia pun selalu naik turun, saya akan menjauhi pasaran saham biarpun semua IPO yang bakal disenaraikan mencatatkan premium (keuntungan).
Sebabnya, saya pelabur ikan bilis, apa-apa boleh terjadi pada saya. Saya perlukan sesuatu rangsangan yang benar-benar boleh membawa saya kembali pada dunia saham. (Sebab itu saya tidaklah kisah sangat tidak memohon IPO TH Plantation baru-baru ini, cuma merasa sedikti rugi sahaja)
Saya hanya memasuki pasaran apabila trend bulis (meningkat) itu pada tempoh sederhana. Maksud saya, dalam 2,3 minggu, pasaran Bursa Malaysia mengalami kenaikan berturut-turut, maka saya berani membuat kemunculan.
Satu lagi, dalam memohon IPO, nilai juga asas syarikat yang ingin kita pohon itu. Kita kena kajila sedikit latar belakang syarikat tersebut. ( Tetapi dalam banyak kes, saya hanya langgar sahaja. Sebabnya, kalau trend IPO ketika itu premium, dan Bursa Malaysia pun sedang bulis, saya memang akan main apply sahaja IPO itu) —-ini agak berisiko tetapi sehingga pengalaman saya, ia boleh diguna pakai jika kondisi pasaran adalah seperti dinyatakan. Jika tidak, kajilah betul-betul syarikat tersebut.
Huhu…panjangnya…baiklah, nanti kita bersambung lagi cakap-cakap mengenai IPO~ Kita sambung topik ini dalam sehari dua lagi.

Monday, May 9, 2011

Dah mati pun Boleh Dapat Duit

Mendiang Raja Pop Michael Jackson mencatat pendapatan paling tinggi sejak 10 tahun lalu berbanding mana-mana penyanyi atau pelakon yang masih hidup mahupun sudah mati.
Anehnya, Michael tidak pernah tersenarai dalam 100 selebriti tahunan pilihan majalah Forbes sepanjang hidupnya. Namun, selepas kematiannya, dia mencatat pendapatan paling tinggi sepanjang tahun lalu selain Oprah Winfrey.

Jackson bukan saja menduduki tangga pertama senarai terbaru itu tetapi turut menewaskan 12 lagi selebriti yang berada dalam senarai itu selama ini.

Malahan, nilai hartanah miliknya sepanjang 12 bulan lebih tinggi daripada pendapatan dua bintang paling hebat tahun ini iaitu U2 dan AC/DC. Pendapatan selepas kematiannya diperoleh daripada keuntungan saham dalam katalog Sony/ATV, filem popular terbitan Sony, 'This Is It' dan kegilaan peminat terhadap muzik, video dan apa juga barangan berjenama Michael Jackson.


Selebriti yang sudah meninggal dunia perlu memperoleh sekurang-kurangnya AS$5 juta (RM16 juta) antara 1 Oktober 2009 hingga 1 Oktober 2010 untuk termasuk dalam senarai tahun ini.

Berikut kedudukan 10 selebriti yang sudah mati tetapi masih meraih pendapatan lumayan dalam senarai yang dikeluarkan majalah Forbes.


1- Michael Jackson
Pendapatan: AS$275 juta (RM880 juta)
Pemuzik
Tarikh mati: 25 Jun 2009
Umur: 50 tahun
Punca: Pengambilan dadah berlebihan

Michael meninggal dunia pada musim panas tahun lalu tetapi memperoleh pendapatan sebanyak AS$275 juta (RM880 juta) lebih tinggi berbanding dua selebriti yang masih hidup iaitu U2 dan AC/DC yang mencatat pendapatan paling tinggi.


2- Elvis Presley
Pendapatan AS$60 juta (RM192 juta)
Penyanyi, pelakon
Tarikh mati: 16 Ogos 1977
Umur: 42 tahun
Punca: Serangan jantung

Pendapatan Raja Rock n Roll meningkat kepada AS$60 juta (RM192 juta), naik AS$5 juta (RM16 juta) berbanding tahun lalu hasil daripada kutipan tiket untuk melawat Graceland dan pelancaran Elvis Presley Cirque du Soleil di Las Vegas pada awal tahun ini. Selain itu, jualan barangan berjenama Elvis Presley ketika sambutan ulang tahun kematian Raja Rock n Roll itu turut menjana pendapatan.


3- J R R Tolkien
Pendapatan: AS$50 juta (RM160 juta)
Penulis
Tarikh mati: 2 September 1973
Umur: 81 tahun
Punca: Pendarahan ulser

Walaupun filem terakhir Lord of the Rings ditayangkan lapan tahun lalu tetapi Tolkien masih hangat dibincangkan di Hollywood. Dua filem adaptasi daripada bukunya 'The Hobbit' kini hampir siap, Perhatian yang diberikan Hollywood membantu penjualan buku Tolkien dan berdasarkan statistik yang dikumpulan oleh syarikat Nielsen, bukunya sudah terjual sebanyak 500,000 naskhah tahun lalu.


4- Charles Schulz
Pendapatan: AS$33 juta (RM105.6 juta)
Kartunis
Tarikh mati: 12 Februari 2000
Umur: 77
Punca: Barah usus

Jenama Peanuts bertukar pemilik lagi pada tahun ini apabila Iconix membeli karakter kartun itu pada harga AS$175 juta (RM560 juta) untuk membentuk Peanuts Worldwide, LLC. Dengan pemilikan baru itu, rakan kongsi karya Charles M Schulz mengekalkan 20% saham dalam syarikat berkenaan. Schulz masih menjana pendapatan daripada karakter kartunnya yang terbit dalam 2,200 akhbar di 75 negara.


5- John Lennon
Pendapatan: AS$17 juta (RM54.4 juta)
Pemuzik
Tarikh kematian: 8 Disember 1980
Umur: 40 tahun
Punca: Dibunuh

Sudah hampir 30 tahun anggota kumpulan The Beatles', John Lennon dibunuh di New York City. Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-70 penyanyi itu, EMI melancarkan kempen 'Gimme Some Truth' dan menghasilkan semula lagu Lennon hingga tersenarai semula dalam carta Top 10. Pendapatan hartanahnya diperoleh melalui permainan video 'Beatles Rock Band' serta lesen untuk Cisco dan Mont Blanc.


6- Stieg Larsson
Pendapatan: AS$15juta (RM48 juta)
Penulis
Tarikh mati: 9 November 2004
Umur: 50 tahun
Punca: Sakit jantung

Larsson meninggal dunia sebelum buku 'The Girl With The Dragon Tattoo' diterbitkan, menyebabkan dia tidak dapat melihat kejayaan besar tiga siri buku karyanya yang lebih dikenali sebagai 'The Millennium Trilogy'. Lebih 40 juta naskhah buku itu terjual dalam 44 bahasa di seluruh dunia dan Sony sedang menerbitkan filem berdasarkan buku itu yang akan dibintangi Daniel Craig dengan melakonkan watak Mikael Blomkvist.


7- Dr Seuss (Theodor Geisel)
Pendapatan: AS$11 juta (RM35.2 juta)
Penulis
Tarikh mati: 24 September 1991
Umur: 87 tahun
Punca: Sakit tua

Dr Seuss ialah penulis buku kanak-kanak paling laris dalam sejarah. 'Horton the Grinch' dan karakter terkenal lain dalam bukunya kini diperoleh pembaca melalui iPhone dan taman tema Universal Studio di Orlando, Florida. Menurut Nielsen, tiga juta buku itu sudah dijual tahun ini.


8- Albert Einstein
Pendapatan: AS$10 juta (RM32 juta)
Saintis
Tarikh mati: 18 April 1955
Umur: 76 tahun
Punca: Sakit tua

Nama Einstein yang dikaitkan dengan kecerdikan terus digunakan dalam produk bayi Einstein rekaan Disney yang bertujuan mendorong bayi menjadi bijak. Selain itu, kempen 'Face Value' Banca Profilo di Itali, iklan jenama Chrysler's Ram dan koleksi kaca mata A J Morgan turut menghasilkan pendapatan untuk Einstein. Kediaman saintis itu juga dijadikan permainan video melalui permainan uji minda Nintendo DS yang dijual pada harga AS$50 (RM160).


9- George Steinbrenner
Pendapatan: AS$8 juta (RM25.6 juta)
Pemilik francais sukan
Tarikh mati: 13 Julai 2010
Umur: 80 tahun
Punca: Sakit jantung

Sukan profesional tidak mempunyai pemilik francais yang lebih terkenal selain George Steinbrenner. Bos kelab The New York Yankees itu berjaya membawa kelab itu meraih kejuaraan, membeli stadium baru di Bronx dan membawa kelab itu mencipta nama seluruh dunia. Walaupun Steinbrenner sudah meninggal dunia, dia masih memperoleh pendapatan selagi Yankee terus meraih kejuaraan.


10- Richard Rodgers
Pendapatan: AS$7 juta (RM22.4 juta)
Penulis lirik
Tarikh mati: 30 Disember 1979
Umur: 77 tahun
Punca: Penyakit kronik

Pada 2009, kumpulan muzik Imagem Belanda membeli hak cipta milik lagu ciptaan Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein dengan nilai AS$200 juta (RM640 juta). Tanpa aset itu, Rogers masih tetap menduduki senarai Forbes melalui hasil kerjanya bersama Lorenz Hart. Lagu 'My Funny Valentine' dan 'The Lady is a Tramp' yang ditulisnya dan hingga kini masih menjadi kegemaran ramai. - Agensi

Pameran dagangan Islam optimis raih RM181j

PERSIDANGAN dan pameran Zon Perniagaan dan Pelaburan Dunia Islam kedua (Muslim World Biz) 2011 anjuran OIC International Business Centre, yang akan berlangsung 8 hingga 11 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dijangka mampu mencatat jumlah dagangan keseluruhan mencecah AS$60 juta (RM181 juta).
Pengerusinya, Tan Sri Elyas Omar berkata, penganjuran acara itu bertujuan untuk mengembang dan mempromosikan kerjasama ekonomi, sekali gus meningkatkan dagangan membabitkan pasaran 1.6 bilion masyarakat Islam di seluruh dunia.

Katanya, sebanyak 50,000 pengunjung dijangka melawat acara itu yang membabitkan persidangan dua hari dan pameran (empat hari).
“Sebanyak 350 syarikat tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai acara ini membabitkan 30 negara. Sejumlah 500 tapak gerai pameran disediakan.

“Kira-kira 50 peratus sudah mengesahkan penyertaan membabitkan negara luar antaranya Indonesia, Brunei, Pakistan, Iran, Singapura, Turki, Australia, kanada, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya pada sidang media sempena acara berkenaan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, peserta dan delegasi yang menyertai pameran berkenaan mewakili pelbagai industri antaranya makanan halal, pelancongan, hartanah, bioteknologi dan teknologi hijau; pendidikan, IT dan telekomunikasi; perbankan dan pelaburan serta sektor perkhidmatan.

Sunday, May 8, 2011

Saham alami aliran menyusut

KUALA LUMPUR 8 Mei - Harga saham di Bursa Malaysia berkemungkinan terus mengalami aliran menyusut minggu ini dengan kenaikan kadar faedah dan penjualan besar-besaran dalam komoditi dijangka memberi kesan ketara terhadap bursa tempatan.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka meneruskan pembetulan menurunnya untuk menguji paras sokongan psikologi 1,500.
"Kami percaya berita lama yang kurang memberangsangkan akan kembali dengan para pelabur bimbang mengenai kemelesetan berganda global dan krisis hutang negara di negara maju," katanya.
Semasa minggu yang baru berakhir, dilaporkan indeks Reuters-Jefferies CRB, penanda aras komoditi global, turun hampir lima peratus, yang merupakan penurunan mingguan terbesar sejak akhir 2008.
Ini mempengaruhi sentimen pelabur di pasaran Asia.
Bursa tempatan juga mengalami aliran menurun dengan kelemahan di pasaran luar, yang ragu-ragu tentang pertumbuhan ekonomi dunia dengan data pekerjaan Amerika Syarikat yang teruk serta harga komoditi yang menjunam.
Pada Khamis lalu, Bank Negara Malaysia, menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 basis mata kepada 3.00 peratus berkuat kuasa serta merta, manakala Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan meningkat daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus berkuat kuasa 16 Mei.
Ahli ekonomi berkata, langkah itu bertujuan mengimbangi risiko peningkatan tekanan inflasi dan menjangka lebih banyak kenaikan kadar faedah pada tahun ini.
Pada Jumaat, bursa tempatan ditutup dengan pelabur berhati-hati tentang peningkatan tekanan terhadap inflasi.
Nazri berkata, selain kenaikan kadar faedah, peningkatan dalam dolar Amerika dan kelemahan ringgit, mungkin juga menyumbang tekanan menurun terhadap bursa tempatan.
"Mengenai strategi minggu ini, kami mencadangkan pelabur agresif kami supaya menangguhkan jualan dalam niaga hadapan indeks manakala pelabur konservatif perlu kekal dengan kelas aset defensif (seperti bon dan utiliti pulangan tinggi) dan menambah pegangan tunai mereka," katanya.
Bagi asas minggu, indeks utama susut sebanyak 19.45 mata kepada 1,515.5 daripada 1,534.95 pada Jumaat sebelumnya.
Indeks Kewangan berkurangan 87.41 mata kepada 13,951.75 daripada 14,039.16 sebelumnya. Indeks Perusahaan susut 73.71 mata kepada 2,718.66 daripada 2,792.37 pada Jumaat sebelumnya.
Indeks Perladangan turun 93.61 mata kepada 7,496.24 daripada 7,589.85 pada Jumaat sebelumnya.
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas susut 132.14 mata kepada 10,443.95 daripada 10,576.09 sebelumnya manakala Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace berkurangan 137.99 mata kepada 4,249.51 daripada 4,387.50.
Pasaran ditutup pada Isnin sempena Hari Pekerja.
Jumlah dagangan mingguan susut kepada 3.924 bilion saham bernilai RM5.45 bilion daripada 5.007 bilion saham bernilai RM4.901 bilion minggu sebelumnya.
Di pasaran utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 2.952 bilion saham bernilai RM5.217 bilion daripada 3.705 bilion saham bernilai RM6.139 bilion daripada sebelumnya.
Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 727.938 juta saham bernilai RM183.183 juta daripada 974.502 juta saham bernilai RM182.796 juta minggu sebelumnya.
Waran turun kepada 234.004 juta units bernilai RM44.087 juta daripada 310.393 juta unit bernilai RM61.455 juta sebelumnya. - BERNAMA

Wednesday, May 4, 2011

Bagaimana Melabur Ketika Pasaran Merudum?

Dalam artikel “Bagaimana Melabur Ketika Pasaran Merudum? (Bahagian 1)” yang lalu, kita telah berbincang mengenai perbezaan antara pelabur dan spekulator, cara melabur semasa ekonomi menurun serta perbandingan antara saham kitar dan bukan kitar. Kali ini, kita akan memberi perhatian pula terhadap pelaburan dalam saham dividen, unit amanah, bon dan bagaimana membuat peruntukan aset.

Saham dividen

Ada juga pelabur yang lebih cenderung kepada saham dividen yang ditawarkan oleh syarikat yang memberikan aliran pulangan dividen yang berterusan. Harga saham dalam kategori ini boleh dikatakan lebih stabil. Biasanya, pelabur akan membandingkan kadar hasil dividen dengan kadar bebas risiko iaitu kadar deposit jangka masa pendek. Rasionalnya ialah jika kadar hasil dividen sentiasa lebih tinggi daripada kadar bebas risiko, adalah lebih menguntungkan untuk pelabur memegang saham itu daripada memasukan wang dalam simpanan tetap. Selain itu, pelabur juga  berkemungkinan meraih keuntungan modal semasa harga saham itu naik.
Anda boleh menganggar harga sesebuah saham berdasarkan nisbah penilaian saham, seperti harga/perolehan atau harga/aliran tunai. Lebih rendah nisbahnya maka lebih baiklah saham tersebut. Biasanya, pelabur lebih cenderung melihat kepada aliran tunai sesebuah syarikat kerana ianya kurang meruap (turun dan naik) dan harganya tidak begitu mudah dimanipulasikan. Walau bagaimanapun, anda sepatutnya melakukan kajian sendiri supaya dapat melabur dalam syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh.

Unit amanah


Jika anda ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan,  unit amanah mungkin menjadi pilihan terbaik. Bergantung kepada jenis dana yang dipilih, risiko melabur dalam dana begini sepatutnya lebih rendah kerana portfolio suatu unit amanah terdiri daripada banyak jenis saham berbanding pelaburan individu yang terhad kepada beberapa saham sahaja. Terdapat pelbagai jenis unit amanah, contohnya terdapat  dana indeks yang memantau prestasi indeks secara menyeluruh dan lebih murah daripada segi yuran pengurusan. Terdapat juga dana yang melabur secara khusus dalam saham tertentu sahaja seperti saham pendapatan atau saham pertumbuhan. Apabila memilih dana pelaburan, jangan lupa menyemak prestasi lampau serta pendekatan pelaburan dana itu sebelum menyesuaikannya dengan tahap risiko dan pulangan anda.


Pelaburan bon
Jika anda masih risau dan tidak yakin untuk melabur dalam saham risiko rendah seperti saham bukan kitar atau saham dividen, mungkin penyelesaian terbaik untuk anda ialah menjauhkan diri daripada pelaburan saham dan mempertimbangkan pelaburan yang mempunyai risiko lebih rendah seperti bon.
Apabila ekonomi berada dalam aliran menurun, biasanya kerajaan akan mengurangkan kadar faedah untuk menggalakkan perbelanjaan. Hasilnya, harga bon cenderung untuk meningkat. Oleh itu, semasa keadaan ekonomi yang lembap, bon ialah satu lagi pilihan untuk pelabur. Anda boleh memilih daripada bon berkualiti tinggi atau bon yang disokong kerajaan (contohnya Bon Simpanan Merdeka untuk golongan emas atau Sukuk Simpanan Rakyat untuk orang awam, yang membawa risiko yang rendah.
Anda juga boleh melabur dalam bon di bank-bank komersil. Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan dalam pelaburan bon ialah risiko yang berkaitan dengan sesuatu bon tersebut. Sentiasalah ambil perhatian terhadap prestasi lampau bon tersebut, walaupun ia tidak semestinya mencerminkan prestasi pada masa depan kerana faktor perubahan ekonomi. Apabila kadar faedah atau kadar inflasi meningkat, harga bon kebiasaannya akan menurun. Sehubungan itu, bon tidak memberi perlindungan yang baik daripada kesan inflasi.

Peruntukan aset

Untuk menghadkan risiko terutamanya semasa keadaan pasaran yang sangat tidak menentu, portfolio yang terdiri daripada kombinasi saham dan bon adalah lebih selamat berbanding dengan pelaburan dalam satu-satu kelas aset sahaja. Berdasarkan objektif risiko dan pulangan, anda boleh memilih mana satu yang perlu dilebihkan. Tetapi sentiasa ingat untuk menyimpan wang tunai yang boleh digunakan ketika kecemasan.

Kesimpulannya, semasa pergerakan ekonomi yang menurun, terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan dan meningkatkan pelaburan anda. Ingat, pilihan anda tidak terhad kepada saham, unit amanah dan bon sahaja. Anda masih boleh melabur dalam pasaran merudum asalkan anda tahu tahap risiko yang boleh dihadapi. Akan tetapi, jika anda memilih untuk tidak melabur langsung atau tidak berbuat apa-apa dalam pasaran sebegini, orang yang paling rugi nanti ialah anda sendiri. Bak kata seorang tokoh pelaburan terkenal: "Be fearful when others are greedy and greedy when others are fearful."


“Jangan melabur ketika semua orang melabur, sebaliknya melaburlah ketika semua orang tidak berani melabur).

Tuesday, April 5, 2011

Harga saham Asia tertinggi 3 tahun



Harga minyak mentah kini meningkat ke paras tertinggi dua tahun setengah berikutan kemelut yang berlaku di Asia barat. Telaga minyak daratan di selatan california mengepam minyak dari perut bumi. - AFP


SINGAPURA 4 April - Pasaran Saham Asia hari ini meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun apabila pertumbuhan yang terdapat dalam sektor pekerjaan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran global.
Pada masa yang sama, nilai Euro meningkat untuk 11 bulan berturut-turut berbanding Yen, menggalakkan pasaran mata wang berkenaan minggu ini.
Namun begitu, bursa saham Eropah menguncup selepas terdapat proses pengambilan untung yang besar pada minggu lalu dan pelabur mula berhati-hati dengan mesyuarat penetapan data yang diadakan oleh Bank Pusat Eropah dan Bank England minggu ini.
''Apabila ekonomi kembali kepada asal, bank pusat menjangkakan kadar inflasi akan menjadi masalah utama berbanding pertumbuhan,'' kata ejen Capital Spreads, Jonathan Sudaria.
Pengambil tempahan menjangkakan indeks utama Eropah akan dibuka lebih rendah sebanyak 0.2 hingga 0.5 peratus, manakala S&P 500 Futures SPc1 dikurangkan sebanyak 0.2 peratus disebabkan kelemahan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).
Minyak mentah dunia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua hingga satu setengah tahun berikutan kekalutan di Timur Tengah dan peperangan di Libya telah meningkatkan ketakutan terhadap gangguan bekalan.
Data menunjukkan sektor pekerjaan AS bertambah kukuh untuk dua bulan berturut-turut pada Mac lalu telah memberi impak terhadap Wall Street pada Jumaat lepas.
Pelabur mentafsirkannya sebagai petunjuk kepada pemulihan ekonomi, bagaimanapun kebanyakan penganalisis menjangkakan situasi berkenaan tidak akan mengubah kelonggaran dasar yang diamalkan Rizab Persekutuan ketika ini.
Sementara itu, bank pusat Eropah dilihat semakin pasti menaikkan kos pinjaman sebanyak 25 peratus mata asas pada Khamis bagi menyokong mata wang tunggal rantau itu walaupun timbul kebimbangan akan berlaku bebanan hutang yang tinggi di beberapa negara yang berada di zon Euro.
Kebanyakan bank pusat Asia khususnya di Jepun telah pun mengetatkan kawalan bagi mengelakkan inflasi dan gelembung aset.
"Penilaian terhadap pasaran saham merupakan cara terbaik tetapi ia akan meningkatkan inflasi dan mewujudkan kebimbangan kepada dunia tahun ini,'' kata Ketua Pelaburan Strategik Asia-Pacific Russell Investments, Andrew Pease.

Thursday, September 2, 2010

Paras Tertinggi saham

Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tinggi baharu, disokong oleh minat belian ke atas beberapa saham berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 9.11 mata atau 0.6 peratus untuk ditutup pada 1,441.07.Indeks telah dibuka 5.55 mata lebih tinggi pada 1,437.51. Ia telah mencecah paras tinggi seharian 1,441.8, melepasi 1,439.49 mata yang dicatatkan pada 18 Jan, 2008.

Seorang peniaga berkata indeks utama disokong oleh penyertaan kukuh dana-dana asing dan tempatan.

"Asas-asas indeks petunjuk pasaran masih lagi baik berbanding rakan-rakan serantaunya yang lain," kata beliau sambil menambah keuntungan semalaman di Wall Street dan pengukuhan ringgit turut menyediakan sokongan untuk pasaran tempatan.

Indeks Kewangan menambah 60.63 mata kepada 12,949.83, Indeks Perladangan naik 51.22 mata kepada 6,642.5 dan Indeks Perindustrian meningkat 26.1 mata kepada 2,770.8.

Indeks FBM Emas lebih tinggi 70.19 mata kepada 9,598.74, Indeks FBM70 menokok 83.561 mata kepada 9,329.66 dan Indeks FBM ACE naik 34.97 mata kepada 3,716.43.

Jumlah dagangan mengembang kepada 1.075 bilion saham bernilai RM1.87 bilion daripada 949.219 juta saham bernilai RM2.077 bilion semalam.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 511 berbalas 256 sementara 258 kaunter tidak berubah, 341 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.50 dan Sime Darby menambah dua sen kepada RM8.42. Maxis turun satu sen kepada RM5.37 dan CIMB kekal pada RM7.80.

Jumlah dagangan di pasaran utama mengukuh kepada 931.991 juta saham bernilai RM1.846 bilion daripada 831.394 juta saham bernilai RM2.057 bilion pada Rabu.

Waran pula meningkat kepada 78.406 juta unit bernilai RM11.433 juta daripada 60.673 juta unit bernilai RM8.6 juta semalam.Jumlah dagangan di pasaran ACE lebih tinggi kepada 54.841 juta saham bernilai RM8.503 juta daripada 53.011 juta saham bernilai RM7.679 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 54.931 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk perindustrian 210.281 juta; pembinaan 81.176 juta; urus niaga dan perkhidmatan 262.238 juta; teknologi 64.5 juta; infrastruktur 43.754 juta; kewangan 70.918 juta; perhotelan 2.248 juta; hartanah 113.200 juta; perladangan 15.971 juta; perlombongan 4,000; REIT 12.609 juta dan dana tertutup 160,000.

Monday, March 8, 2010

Bursa cecah paras tertinggi dua tahun

KUALA LUMPUR 8 Mac - Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia hari ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, dirangsang oleh minat kukuh dalam saham-saham perbankan yang melonjak susulan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) minggu lepas, kata penganalisis.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup pada 1,324.22, paras tertinggi sejak Mac 2008, dengan indeks utama mencecah paras tinggi harian 1,325.69 mata.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, pasaran bertindak balas terhadap kenaikan OPR kepada 2.25 peratus selain trend menaik di Wall Street Jumaat lepas.

Beliau berkata, pengumuman kenaikan OPR memberi manfaat kepada saham berwajaran tinggi, terutama sektor perbankan yang membabitkan sebahagian besar FBM KLCI dari segi wajarannya.

Maybank meningkat 12 sen kepada RM7.52, Public Bank menokok 62 sen kepada RM11.94, CIMB Group untung 40 sen kepada RM14.12 dan AMMB Holdings meningkat 15 sen kepada RM4.95.

"Indeks dijangka bertahan melepasi paras 1,300," kata penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo semasa ditanya sama ada FBM KLCI mampu bertahan pada paras berkenaan.

"Pasaran positif dan jumlah dagangan meningkat. Inilah kriteria yang menyumbang untuk indeks terus meningkat," katanya.

"Secara perlahan-lahan, pasaran saham Malaysia akan meningkat dan mencatatkan paras teringgi baharu sejak trend menaik bermula pada pertengahan Mac tahun lepas," kata HwangDBS Vickers Research.

Bagi mengekalkan momentum, pelabur akan memantau sumber-sumber domestik untuk petunjuk, meskipun trend luar negara masih memain peranan utama dalam mempengaruhi sentimen, kata firma penyelidikan itu.

"Sebagai contoh, mungkin ada banyak tarikan utama yang ditunggu-tunggu seperti pelancaran Model Ekonomi Baharu dan penganjuran persidangan Invest Malaysia 2010 yang dijadual akhir bulan ini," kata HwangDBS Vickers.

"Minggu ini, forum berprofil tinggi - Persidangan Minyak Sawit dan Laurik yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu (8 hingga 10 Mac) - dengan pakar dalam industri akan bercakap mengenai unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) selain unjuran permintaan bekalan," katanya.

Retorik mampu menetapkan arah tuju harga Minyak Sawit Mentah (dan saham perladangan) memandangkan kontrak niaga hadapan MSM tiga bulan (selepas meningkat kepada hampir RM2,700 satu tan pada masa ini) kekal dalam julat antara RM2,000 dan RM2,800 satu tan sejak 11 bulan yang lepas, kata HwangDBS Vickers.

"Acara berikutnya ialah data Indeks Pengeluaran Industri bagi Januari yang akan diumumkan Khamis (11 Mac), yang akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai sama ada pemulihan ekonomi adalah hasil daripasa peningkatan ketara eksport Januari (+37 peratus tahun ke tahun) dan import (+31 peratus) yang dikeluarkan minggu lepas," katanya.

Berdasarkan sentimen pasaran yang positif itu, angka utama pasaran dijangka bergerak ke sasaran ketahanan berikutnya pada 1,340 mata. - BERNAMA

Wednesday, January 6, 2010

FBM KLCI lepasi paras tertinggi baru

KUALA LUMPUR 6 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut hari ini meskipun terdapat sedikit kegiatan mengambil untung, kata peniaga.

Belian dana berterusan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sesi dagangan petang, mendorong peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kepada 1,296.44 pada pukul 3.55 petang, melepasi paras tertinggi baru dalam tempoh 20 bulan, iaitu 1,290.55, semalam.

Pada pukul 5 petang, indeks pengukur pasaran itu berada pada 1,293.17, 4.93 mata atau 0.38 peratus lebih tinggi berbanding paras penutupan semalam. Ia dibuka 0.62 mata lebih tinggi pada 1,288.86. Indeks Kewangan Bursa Malaysia mengukuh 68.17 mata kepada 11,207.80 dan Indeks Perusahaan meningkat 10.49 mata kepada 2,692.35 tetapi Indeks Perladangan susut 22.67 mata kepada 6,482.41.

Indeks FBMEmas menambah 39.16 mata kepada 8,697.35, Indeks FBM Top 100 meningkat 30.05 mata kepada 8,465.81, Indeks FBM70 maju 21.41 mata kepada 8,519.86 dan FBMACE menokok 9.85 mata kepada 4,484.62.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 452 berbanding 299 manakala 239 kaunter tidak berubah dan 313 yang lain tidak diniagakan. Jumlah dagangan susut kepada 1.656 bilion saham bernilai RM1.814 bilion daripada 1.864 bilion saham bernilai RM1.984 bilion semalam.

Perolehan dagangan dalam Pasaran Utama mengecil kepada 1.384 bilion saham bernilai RM1.766 bilion daripada 1.546 bilion saham bernilai RM1.919 bilion.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 145.461 juta saham bernilai RM24.943 juta daripada 206.875 juta saham bernilai RM41.879 juta.

Waran berkurangan jumlahnya kepada 52.149 juta unit bernilai RM9.868 juta daripada 94.720 juta saham bernilai RM18.933 juta.

Antara saham cergas, Compugates Holdings turun lima sen kepada tujuh sen manakala Scomi Group meningkat 2.5 sen kepada 50.5 sen.

Barangan pengguna menyumbang 39.452 juta saham daripada saham berwajaran besar yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 335.379 juta, pembinaan 73.829 juta, Perdagangan dan perkhidmatan 404.350 juta, teknologi 42.155 juta, prasarana 18.564 juta, Kewangan 97.668 juta, hotel 3.139 juta, harta 340.938 juta, perladangan 26.051 juta, perlombongan 12,000, REIT 2.342 juta dan dana tertutup 30,900.- Bernama

Monday, November 2, 2009

Harga saham dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka lebih tinggi minggu ini apabila para pelabur mengambil kesempatan daripada tanda-tanda pemulihan pasaran global, khususnya setelah Amerika Syarikat (AS) mencatatkan data-data ekonomi yang lebih baik pada Khamis, kata peniaga.

Meskipun dengan pengumuman Bajet 2010 pada 23 Oktober, kebanyakan saham berada pada fasa pembetulan minggu lalu, selepas meningkat berterusan selama dua minggu ditambah pula dengan persekitaran luar negara yang lemah, kata mereka.

Bagaimanapun, dengan AS mencatatkan keputusan ekonomi suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan dan melebihi jangkaan pasaran, Wall Street dan bursa-bursa lain di seluruh dunia, termasuk Malaysia, memberikan tindak balas positif.

"Kita menjangkakan banyak kegiatan memperelok akaun menjelang akhir tahun, yang akan mendorong kenaikan beberapa saham. Selain itu sentimen pelabur kini positif kerana ekonomi terbesar dunia itu mulai pulih dalam suku ini," kata seorang penganalisis dari sebuah firma broker saham tempatan.

Ekonomi AS, yang kembali mencatatkan pertumbuhan dalam suku ketiga, berkembang pada kadar tahunan 3.5 peratus antara Julai dengan September, melebihi 3.3 peratus yang diramalkan pakar-pakar ekonomi, berikutan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan agresif oleh kerajaan AS.

Bursa tempatan berada dalam aliran menurun bagi empat hari berturut-turut sebelum melantun pada Jumaat apabila pelabur-pelabur mengambil isyarat daripada prestasi meningkat di Wall Street semalaman.

Di dalam negara, kerajaan mengumumkan kajian semula Dasar Automotif Negara pada Rabu, yang dijangka mencetuskan minat terhadap saham-saham berkaitan automotif minggu ini.

Pada Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan laporan perkembangan monetari dan kewangan bagi September.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) bergerak antara 1,242.73 dan 1,248.75 sepanjang hari pada Jumaat lalu.

Berbanding minggu sebelumnya, FBM KLCI turun 23.87 mata kepada 1,243.23, Indeks FBM Emas susut 178.85 mata kepada 8,336.73, Indeks FBM Top 100 171.87 mata lebih rendah pada 8,130.68, FBM70 jatuh 234.85 mata kepada 8,149.88 dan Indeks FBM ACE merosot 6,013 mata kepada 4,305.69.

Indeks Kewangan turun 256.59 mata kepada 10,535.17, Indeks Perladangan kurang 118.41 mata kepada 6,088.08 dan Indeks Perusahaan susut 33.73 mata kepada 2,667.95.

Jumlah dagangan minggu lalu mengecil kepada 4.585 bilion saham bernilai RM5.979 bilion daripada 5.044 bilion saham bernilai RM6.428 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 3.807 bilion saham bernilai RM5.72 bilion daripada 4.408 bilion saham bernilai RM6.289 bilion pada penutupan minggu lalu.

Jumlah waran opsyen belian meningkat kepada 115.661 juta saham bernilai RM25.167 juta daripada 106.79 juta saham bernilai RM27.657 juta sebelumnya.

Dalam Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 390.248 juta saham bernilai RM88.246 juta daripada 475.313 juta saham bernilai RM86.844 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA

Monday, September 7, 2009

Sunday, August 23, 2009

Bijak Melabur : Amanah Saham dan Anda

Bijak Melabur : Amanah Saham dan Anda

Apa itu amanah saham?

Amanah saham dibentuk menjadi pelaburan paling diminati oleh pelabur untuk mencapai kepelbagaian (pemecahan modal ke dalam saham-saham pelbagai syarikat), justeru dapat mengurangkan risiko, dengan jumlah dana atau modal yang kecil.
Amanah saham merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.
Keuntungan dari amanah saham adalah dalam bentuk keuntungan hasil dari peningkatan harga unit amanah saham dan dividen tahunan.

Bagaimana dana amanah saham diuruskan?

Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat amanah saham) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.
Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Bagaimana pemegang amanah saham dilindungi?

Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam amanah saham dipastikan melalui cara amanah saham itu dibentuk. Amanah saham sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
1.Pemegang Amanah Saham (anda) yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
2.Syarikat Amanah Saham (contoh; Public Mutual) yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; dan
3.Syarikat pemegang amanah (contoh; Permodalan Nasional Berhad) yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Mengapa perlu melabur?

Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Misalnya, menyimpan wang RM10000 dalam akaun simpanan dengan kadar 3% belum tentu dapat mengekalkan nilai sebenarnya disebabkan inflasi atau kadar kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun. Diambil kadar inflasi sebanyak 4% setahun menjadikan nilai RM10000 tadi susut kepada RM9510 dlm masa 5 tahun. Melabur dalam amanah saham berpotensi bukan sahaja dapat mengekalkan nilai RM10000 tadi malah meningkatkan kepada RM16850 dalam masa 5 tahun dengan kadar inflasi yang sama. Manakah satu pilihan anda? Fikirkan. Sebab itulah ramai orang memilih untuk melabur dalam amanah saham - kerana mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding membiarkan wang sebagai simpanan di bawah bantal atau dalam kotak simpanan bank.


Memilih saham amanah: Mengapa disyorkan amanah saham Public Mutual?

Public Mutual adalah anak syarikat Public Bank yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam pengurusan dana amanah saham dan merupakan pengurus dana terbesar di Malaysia dan juga Asia. Sehingga 19 Jun 2007, jumlah dana yang diuruskan adalah melebihi RM21.4 bilion (terbesar di Malaysia). Rekod kejayaan cemerlang Public Mutual dilihat melalui pulangan yang konsisten kepada pelabur dengan kadar 20% setahun. Terdapat syarikat-syarikat amanah saham yang memberi pulangan melebihi 20% pada tahun pertama tetapi merosot sehingga ada yang tidak memberi pulangan pada tahun berikutnya. Ini tidak dikira sebagai konsistensi pulangan, malah membebankan pelabur.

Berikut adalah rekod prestasi amanah saham dari Public Mutual;


Contoh testomoni keuntungan pelaburan

Encik Muhammad dari Pulau Pinang mula melabur pada Mac 2006 dengan modal RM10000 dalam amanah saham Public Islamic Dividen Fund (PIDF). Selepas setahun (penyata kira-kira tahunan berakhir April 2007), pulangan yang diperolehi adalah sebanyak 20% (atau RM2000).

Friday, August 21, 2009

Bagaimana nak menjual Unit Amanah

Assalamualikum wbt,


Salam sejahtera semua, moga dalam keadaan di bawah lindungan Allah swt sepanjang hari dan sepanjang hidup di atas muka bumi..

Tengah rehat sempena hari pertama Ramdahan, hari ini 22 Ogos 2009 1 Ramdhan 1430. Suasana redup sekitar cuaca bandaraya Kuching, terjernah idea yang barang kali boleh dikongsi bersama untuk faedah mencari ilmu sebagai bakal seorang jutawan saham yang terulung seluruh dunia. Kita sedia maklum jaguh-jaguh saham dunia bukan dimiliki oleh kita masa ini tapi tiada yang mustahil jika harta saham itu akan jadi milik kita suatu hari nanti.

Apa yang saya perhatikan nilai unit amanah boleh dijangka. Sebab jika diperhati yang pernah miliki unit amanah atau saham kita boleh agakkan harga saham dan unit amanah untuk hari seterusnya. Saya cuba bawa saudara sekelian unit amanah Public Matual. Jika kita nak jual saham kita lihat harga saham hari ini, jika hari ini naik jualan saham kita akan dapat untung sebab PM ini akan menilai harga unit amanah pada hari dijual. Jika kita jual unit amanah hari ini pastikan harga saham di bursa Kuala Lumpur naik. Jika tidak naik jangan jual sebab anda akan rugi sebab anda tidak akan diberitahu harga hari ini oleh Public Matual, sebab hari seterusnya sahaja kita dapat tahu harga hari ini. Contohnya saham hari Isnin kita hanya akan tahu pada hari Selasa. Caranya mudah sahaja jika mahu, tengok bursa KL di sebelah Klik je harga saham dunia tu dan tengok jika harga naik boleh jual sebab nilai ini akan di lihat oleh Public Matual.

Itulah serba sedikit penerangan yang boleh dimanfaat bersama. Jika anda komen sila emeilkan ke ium_ilham@yahoo.com dan tel saya 0128562426.

Saturday, August 15, 2009

KWSP DAN SAHAM


Assalamualikum wbt,

Salam sejahtera semua, moga dalam keadaan di bawah lindungan Allah swt sepanjang hari dan sepanjang hidup di atas muka bumi..

Mari kita masuk ke cerita supaya KWSP macam mana mahu menaikkan nilai simpanan KWSP yang memang kita dah tahu amat susah nak dikeluarkan jika tiada alasan yang betul munasabah dan mesti disertakan dengan bukti yang kukuh. Pada masa sekarang banyak unit trust yang menawarkan untuk pengeluaran KWSP antaranya unit trust Public Matual, CIMB, dan RHB bank. Terpulang kepada saudara untuk memilih yang mana satu. KWSP membenarkan pengeluaran simpanan jika untuk pelaburan di unit trust kerana sangat menguntungkan. Nilai simpanan akan meningkat dari masa ke samasa. Bukan sahaja anda dapat dividen malah mungkin ada dapat nilai kenaikkan dari semasa ke semasa. Nilai ini adalah hasil kenaikkan nilai saham yang di beli.
Saya bagi contoh kepada anda, saya ada abang yang keluarkan sebahagian KWSPnya tahun lepas.Masa itu nilai belian PIEF Public Matual berharga RM0.20 sen. Nilai PM ini sekarang RM0.30 sen bererti simpanan beliau sudah meningkat 50% hasil simpanan dan baru bulan lepas beliau ada menerima dividen hampir RM600, tapi tidak dapat ambil wang tersebut sebab pihak KWSP tidak membenarkan wang itu di keluarkan, jadi beliau mengambil inisetif dengan menggantikan dengan belian saham. Nilai saham beliau semakin bertambah. Betullahkan lebih baik jika wang itu dilaburkan dan anda dapat nilai keuntungan dividend an nilai kenaikan saham yang disimpan. Ini utuk pelaburan masa akan datang.

Sebab itu ada kawan beritahu, jika kita simpan RM10K sekarang selepas 15-17 tahun jumlah simpanan anda akan mencapai RM300K. Jika dikira betul-betul ia akan mencapai jumlah itu. Tapi jika anda takut nilai keruntuhan simpanan saham anda boleh keluarkan untung saham dan gunakan beli emas anda tidak perlu risau(boleh rujuk artikel sebelum ini) iaitu Saham+Emas. Itu jika anda beli saham dengan tunai bukan KWSP. Sebab itu saudara harus ingat nilai saham bukan selamanya stabil tapi emas pasti stabil walau apa jua keadaan ekonomi.

Saya teringat satu cerita bertajuk "Terminal" tentang seorang pelancong yang mana tengah melancong ke US. Kebetulan semasa beliau sampai US negaranya dilanda perang, semua duit, saham dan pasport negaranya dibatalkan. Jadi beliau jadi pelarian. Masa tu beliau cuba gunakan duit simpanan yang dibawa. Tak ada satu kedai yang menerima kerana Negaranya sudah tiada. Cuba anda bayangkan jika anda miliki emas ketika itu, pasti anda akan miliki semua yang anda mahu sebab semua orang mahu emas. Sebab itu jika anda lihat orang Kemboja yang jadi pelarian di Malaysia kenapa mereka banyak yang kaya sebab mereka miliki emas. Emas yang ada di pajak di bank dan dapat tunai dan digunakan untuk keperluan dan perniagaan, sebab itu mereka kaya. Nabi pun ada beritahu ada satu zaman tiada yang berguna melainkan emas dan perak. Jadi miliki saham dan emas ketika aman. Anda akan tetap kaya bila negara perang sebab anda ada eset emas.
Itulah serba sedikit penerangan yang boleh dimanfaat bersama. Jika anda komen sila emeilkan ke ium_ilham@yahoo.com dan tel saya 0128562426.

Monday, August 3, 2009

Public Mutual declares income distributions for seven of its funds



Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual has announced distributions for six of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ended 31 July 2009 are as follows:

Fund


Gross Distribution / Unit

Public Growth Fund


4.00 sen per unit

Public Islamic Opportunities Fund


2.00 sen per unit

Public Islamic Select Enterprises Fund


1.25 sen per unit

Public Bond Fund


5.00 sen per unit

Public Islamic Select Bond Fund


3.50 sen per unit

Public Islamic Income Fund


2.50 sen per unit

According to The Edge-Lipper Fund Table dated 20 July 2009, Public Growth Fund and Public Islamic Opportunities Fund have generated a three-year return of 40.11% and 45.01% respectively for the period ended 10 July 2009. As for the bond funds, Public Bond Fund has generated a three-year return of 15.56% while Public Islamic Select Bond Fund which was launched in 2007 has generated a one-year return of 6.59%. These funds have outperformed their benchmarks for the respective periods.

Meanwhile, Public Islamic Select Enterprises Fund and Public Islamic Income Fund which were launched last year have generated a six-month return of 16.08% and 4.45% respectively for the period ended 10 July 2009. Both funds are open for EPF Members Investment Scheme.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 70 funds under management. It has over 2,000,000 accountholders serviced by over 40,000 unit trust consultants. As at 30 June 2009, the total net asset value of the funds managed by the company was RM30.6 billion.