AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Monday, November 2, 2009

Harga saham dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka lebih tinggi minggu ini apabila para pelabur mengambil kesempatan daripada tanda-tanda pemulihan pasaran global, khususnya setelah Amerika Syarikat (AS) mencatatkan data-data ekonomi yang lebih baik pada Khamis, kata peniaga.

Meskipun dengan pengumuman Bajet 2010 pada 23 Oktober, kebanyakan saham berada pada fasa pembetulan minggu lalu, selepas meningkat berterusan selama dua minggu ditambah pula dengan persekitaran luar negara yang lemah, kata mereka.

Bagaimanapun, dengan AS mencatatkan keputusan ekonomi suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan dan melebihi jangkaan pasaran, Wall Street dan bursa-bursa lain di seluruh dunia, termasuk Malaysia, memberikan tindak balas positif.

"Kita menjangkakan banyak kegiatan memperelok akaun menjelang akhir tahun, yang akan mendorong kenaikan beberapa saham. Selain itu sentimen pelabur kini positif kerana ekonomi terbesar dunia itu mulai pulih dalam suku ini," kata seorang penganalisis dari sebuah firma broker saham tempatan.

Ekonomi AS, yang kembali mencatatkan pertumbuhan dalam suku ketiga, berkembang pada kadar tahunan 3.5 peratus antara Julai dengan September, melebihi 3.3 peratus yang diramalkan pakar-pakar ekonomi, berikutan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan agresif oleh kerajaan AS.

Bursa tempatan berada dalam aliran menurun bagi empat hari berturut-turut sebelum melantun pada Jumaat apabila pelabur-pelabur mengambil isyarat daripada prestasi meningkat di Wall Street semalaman.

Di dalam negara, kerajaan mengumumkan kajian semula Dasar Automotif Negara pada Rabu, yang dijangka mencetuskan minat terhadap saham-saham berkaitan automotif minggu ini.

Pada Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan laporan perkembangan monetari dan kewangan bagi September.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) bergerak antara 1,242.73 dan 1,248.75 sepanjang hari pada Jumaat lalu.

Berbanding minggu sebelumnya, FBM KLCI turun 23.87 mata kepada 1,243.23, Indeks FBM Emas susut 178.85 mata kepada 8,336.73, Indeks FBM Top 100 171.87 mata lebih rendah pada 8,130.68, FBM70 jatuh 234.85 mata kepada 8,149.88 dan Indeks FBM ACE merosot 6,013 mata kepada 4,305.69.

Indeks Kewangan turun 256.59 mata kepada 10,535.17, Indeks Perladangan kurang 118.41 mata kepada 6,088.08 dan Indeks Perusahaan susut 33.73 mata kepada 2,667.95.

Jumlah dagangan minggu lalu mengecil kepada 4.585 bilion saham bernilai RM5.979 bilion daripada 5.044 bilion saham bernilai RM6.428 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 3.807 bilion saham bernilai RM5.72 bilion daripada 4.408 bilion saham bernilai RM6.289 bilion pada penutupan minggu lalu.

Jumlah waran opsyen belian meningkat kepada 115.661 juta saham bernilai RM25.167 juta daripada 106.79 juta saham bernilai RM27.657 juta sebelumnya.

Dalam Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 390.248 juta saham bernilai RM88.246 juta daripada 475.313 juta saham bernilai RM86.844 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment