AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Tuesday, July 14, 2009


Salam sejahtera semua, moga dalam keadaan di bawah lindungan Allah swt sepanjang hari dan sepanjang hidup di atas muka bumi..

Saya amat bersyukur blog ini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat-peminat saham. Sambutan akan berterusan dari seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia dari timur dan barat. Ini pekembangan yang hebat. Saya sangat berharap sambutan ini terus meningkat.

Nak sambung lagi pasal saham, saham jika di lihat bursa saham meningkat 2,3 hari ini. Ia mungkin menurun balik minggu depan. Tapi ini hanya jangkaan. Mungkin juga naik semula atau lebih meningkat. Saya tidak dapat bagi membeli ramalan yang betul.

Jika tuan-tuan nak beli saham masa sekarang masih ok lagi. Beli masa rendah dan jual masa mahal. Jangan gelabah bila saham turun. Ini perlunya kesabaran dalam menanti kenaikkan saham. Jangan pula nangis bila rugi. Jangan jual sudah pasti tidak rugi. Adat berniaga rugi dan untung tu biasalah. Tak rugi dan untung tak sah dalam perniagaan dan banyak yang berniaga pasti kita sedaya upaya untuk elak dari rugi…kan. Saham yang untung banyak, pasti resikonya pun boleh tahan.

Saya dapat lihat banyak pelabur ketika ini sangat berhati-hati. Untuk buat pelaburan seperti ini tuan-tuan boleh buat pelaburan secara belian ansurans. Jangan beli sekali gus. Cara ini biasanya pihak pelabur akan mengarahkan pihak bank seperti CIMB dan PM supaya mengeluarkan dari duit simpanan secara potongan bulanan. Saya pernah tanya dengan pegawai bank yang jual saham ini suatu ketika dahulu, menyatakan belian saham seperti ini tidak akan merugikan. Jika diperhatikan belian yang dengan harga yang berlainan pasti ada untung sebab pelabur beli dengan harga yang pelbagai.

Contoh pada awal tahun bulan 1 Januari harga saham yang dibeli 0.50 sen seunit, pada 1hb bulan Febuari harga saham yang dibeli bernilai 0.45 sen dan bulan seterusnya 0.42 sen seunit dan seterusnya saham naik ke 0.60 sen seunit. Jadi bulan 1 beli 1000 unit = 2000 unit, bulan 2 beli 1000 unit lagi =2222.22 unit, bulan 3 beli lagi 1000 unit = 2380.95 unit dan bulan 4 saham naik, campur semua saham yang dibeli = 6603.14 unit X 0.60 seunit =RM3961.884. Jika dilihat modal anda untuk beli RM3000 dan untung RM961.88 dalam 3bulan.Itu jika anda pakai modal 3k tapi jika banyak lagi, tentu banyak lagi dapat tanpa rugi bukan.

Saham dalam Islam halal jika dilaburkan dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariat.Hasil jualan dan belian saham adalah halal kerana puncanya halal. Jika dilabur dalam pelaburan maka saham ini haram. Contoh labor dalam syarikat arak.

Setakat ini dululah. Nanti untuk seterusnya kita akan ceritakan bagaimana menaikkan nilai simpanan KWSP. Jika anda apa-apa komen. Sangat-sangat dialukan. Nanti dulu jika tuan-tuan nak iklan pruduk tuan-tuan di blog. Sangat digalakkan, free je tak yah bayar pa-pa sampai admin kata tak leh free dah. Cepat ambil kesempatan ini secepat mungkin peluang keemasan takkan datang dua kali. Caranya emeilkan sahaja ke ium_ilham@yahoo.com gambar dan alamat syarikat.


Daripada

Jutawansaham.blogspot.com

airzamzam1.blogspot.com

sykaizen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment