AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Thursday, July 23, 2009

Bursa kukuh seiring kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR 22 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dirangsang oleh kenaikan di Wall Street semalaman.
Para peniaga berkata tumpuan pelabur adalah dalam saham berkaitan perladangan. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 14.0 mata untuk ditutup kepada 1,148.70 selepas dibuka 2.47 mata lebih tinggi kepada 1,137.17.
Indeks petunjuk pasaran itu melonjak ke paras tertinggi harian pada 1,160.61, dirangsang oleh momentum belian cergas dalam kaunter saham mewah.
Indeks Kewangan naik 77.08 mata kepada 9,333.88, Indeks Perladangan meningkat 84.77 mata kepada 5,602.0 manakala Indeks Perusahaan menokok 29.49 mata kepada 2,483.53. Indeks FBMEmas menambah 62.97 mata kepada 7,706.4, FBM Top 100 naik 70.07 mata kepada 7,515.10, Indeks FBMMesdaq meningkat 25.74 mata kepada 4,028.78 dan Indeks FBM2BRD melonjak 27.60 mata kepada 4,901.82.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 327 berbanding 290 manakala 258 kaunter tidak berubah, 355 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 1.111 bilion saham bernilai RM1.842 bilion daripada 912.362 juta saham bernilai RM1.490 bilion semalam.
Menerajui kaunter cergas, KNM ditutup tidak berubah pada 83 sen manakala Gula Perak, PBBANK-CH dan PJI Holdings meningkat setengah sen masing-masing kepada 6.5 sen, empat sen dan lapan sen.
Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 930.844 juta saham bernilai RM1.788 bilion daripada 792.953 juta saham bernilai RM1.457 bilion semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua menambah kepada 76.081 juta saham bernilai RM35.924 juta daripada 42.083 juta saham bernilai RM19.480 juta semalam.
Jumlah dagangan Mesdaq naik kepada 37.323 juta saham bernilai RM5.809 juta daripada 33.696 juta saham bernilai RM4.724 juta. Waran menokok kepada 61.699 juta unit bernilai RM10.375 juta daripada 39.40 juta unit bernilai RM7.368 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan penggguna menyumbang 34.374 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 154.922 juta, pembinaan 82.622 juta, perdagangan/perkhidmatan 300.561 juta, teknologi 7.320 juta, prasarana 28.660 juta, kewangan 66.935 juta, hotel 37.354 juta, harta 157.063 juta, perladangan 55.681 juta, perlombongan 447,300, REITs 4.843 juta dan dana tertutup 62,800. - Bernama

No comments:

Post a Comment