AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Monday, June 13, 2011

PM umum pelaburan RM2.27b


NAJIB Tun Razak (belakang, empat kanan) bergambar bersama ketua-ketua syarikat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) selepas pengumuman pencapaian ETP di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur, semalami. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (belakang, empat kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala (belakang, tiga kanan). – Bernama



KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan lagi inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.
Pelaburan itu memberi impak kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.
Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan enam projek ETP membabitkan pembinaan loji penapisan dan pembangunan bersepadu petrokimia (RAPID) berjumlah RM60 bilion.
Gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan GNI sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.
Najib berkata, secara terkumpul ETP kini mencatatkan pelaburan berjumlah RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion dan 362,396 pekerjaan baharu.
‘‘Jumlah pelaburan ini adalah terbesar dalam sejarah (pelaburan) direkodkan bagi jangka pendek,’’ katanya ketika mengumumkan kemajuan projek ETP kali keenam di sini hari ini.
Sembilan inisiatif baharu itu melibatkan projek Bandar Pendidikan Perubatan Perdana seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson oleh Kumpulan UCSI, syarikat induk universiti UCS.
Najib berkata, inisiatif itu juga menyaksikan pembabitan SEGI Education Group dengan lapan buah pembekal latihan Pusat Latihan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) bagi pembinaan pusat latihan ECCE di kawasan Greater Kuala Lumpur dan di seluruh negara.
Di bawah bidang kesihatan, Sime Darby Healthcare Group akan memajukan dua hospital pakar, Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC AD) dan Sime Darby Medical Centre Park City, masing-masing melibatkan pelaburan sebanyak RM240 juta dan RM40 juta.
Selain itu, Biocon juga melabur dalam pembinaan kemudahan di BioXcell, sebuah taman dan persekitaran bio-teknologi di Iskandar Malaysia.
Perdana Menteri berkata, di bawah bidang pertanian, JEFI Aquatech Resouces Sdn. Bhd. akan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran halal dan antarabangsa .
Katanya, Yanming Resources Sdn. Bhd. pula sedang melabur RM5 juta meningkatkan pengeluaran sarang burung sedia dimakan.
Najib berkata, VADS Bhd. dan Cisco telah memeterai persetujuan membina infrastruktur Telepresence Exchange pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perhubungan video selenggara kepada sektor awam dan swasta di Malaysia dan negara-negara serantau.
Katanya, Kementerian Pelancongan akan memperkenalkan 1Malaysia Jualan Bersepadu buat kali pertama mulai 15 Jun ini hingga 31 Ogos 2011 dengan menyatukan jualan murah terbesar tiga kali setahun kepada satu jualan besar diselaraskan.
Beliau berkata, Konsortium Rangkaian Serantau Sdn. Bhd. dianggotai 24 buah syarikat sedang mendapatkan harga borong lebih rendah bagi bekalan jalur lebar tempatan dan antarabangsa.
Perdana Menteri berkata, inisiatif baharu juga membabitkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengadakan sistem pemantauan penghantaran sarang burung ‘swiflet’ ke seluruh dunia.
Katanya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menerajui program Pencapaian Kestabilan melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) bagi meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima daya usaha.
Najib berkata, peningkatan penggunaan peralatan cekap tenaga dibuat dengan menyediakan rebat bagi penghawa dingin dan peti sejuk mulai Julai ini. Katanya, di bawah ETP, Bureau Veritas, peneraju khidmat keakuran membeli Scientige Sdn. Bhd. untuk mengukuhkan keupayaannya.
Perdana Menteri berkata, di bawah perkhidmatan perniagaan AMD merasmikan pusat terbaharunya di Cyberjaya melibatkan pelaburan RM500 juta untuk menyokong perniagaan di seluruh dunia.

Thursday, June 2, 2011

234.56 juta saham disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia

MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu sayap perniagaan gula FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia membabitkan 234.56 juta saham.
Daripada jumlah itu, 206.44 juta saham diperuntukkan kepada pelabur institusi, yang mana 73.811 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan dan asing; 80.8 juta untuk institusi terpilih Bumiputera; dan 51.79 juta untuk Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF).

Sebanyak 28.12 juta saham pula ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 14.06 juta adalah untuk langganan awam, manakala 14.06 juta lagi untuk kakitangan syarikat itu dan anak syarikatnya yang layak.

Bagi saham yang diperuntukkan kepada pelabur runcit, ia ditawarkan pada harga RM3.38 seunit atau 97 peratus daripada harga muktamad bagi bahagian peruntukan pelabur institusi yang akan ditetapkan menerusi proses bidaan.

Berdasarkan harga tawaran bagi pelabur runcit itu, IPO itu bakal menjana RM792 juta modal, yang mana RM422.5 juta akan diraih oleh MSM Holdings yang akan digunakannya bagi perbelanjaan modal.

Harga itu juga meletakkan nilai syarikat gula terbesar negara itu pada RM2.4 bilion.
MSM Holdings selepas penyenaraiannya akan mempunyai saham berbayar berjumlah 702.98 juta.

Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif FELDA Global Group, Datuk Sabri Ahmad berkata, sebahagian daripada RM422.5 juta yang dijana menerusi IPO itu akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran gula syarikat itu kepada 1.5 juta tan berbanding 1.1 juta tan ketika ini.

Antara langkah yang akan diambil katanya, termasuk membeli tanah di rantau ini bagi penanaman tebu, untuk memastikan bekalan gula yang mencukupi.

“Cabang penapisan gula (FELDA) ini adalah yang terbesar di Malaysia hari ini dari segi aktiviti hiliran (tetapi) kami mempunyai jurang yang besar dari segi aktiviti huluan kerana kami mengimport 95 peratus gula mentah.

“Justeru, rancangannya adalah untuk menggunakan dana itu bagi pertumbuhan yang mana salah satu daripada keutamaannya adalah untuk meneroka rantau ASEAN bagi melihat sama ada kami boleh kembangkan perladangan gula,” katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus IPO syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, penyenaraian MSM Holdings itu mampu meningkatkan kedudukan Bursa Malaysia di kalangan komuniti pelaburan antarabangsa.

Katanya, penyenaraian itu juga akan merangsang syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang lain untuk mengurangkan pegangan saham mereka dalam syarikat berpotensi untuk meningkatkan lagi kecairan dan halaju perdagangan pasaran sekali gus membantu mencergaskan pasaran modal negara.

“Penyenaraian seperti ini sangat ditunggu-tunggu kerana kecairan dalam tawaran awam seperti ini yang agak besar dan mampu menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa,” katanya.

Monday, May 16, 2011

Pembeli Saham bank Rakyat yang Merugikan

Bank Rakyat Buka Saham Baru RM1 Bilion Pada 2011

UPDATE:

Mengikut Kosmo semalam, Bank Rakyat akan menambah modal syer berbayar setelah diberi kelulusan oleh Bank Negara Malaysia bulan Mac 2011. Penambahan adalah sebanyak RM1 bilion kepada RM3 bilion.

Maklumat lanjut mengenai pengangihan akan dibuat pada Mei 2011 nanti oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

I am sure ramai yang menantikan mengenai pengeluaran saham baru Bank Rakyat ini tidak kira pemegang saham sediakala mahupun bakal pemegang saham memandangkan Bank Rakyat dengan consistent dapat memberi pulangan yang lumayan @15% setiap tahun. Mesti ramai nak beli kan saham Bank Rakyat tahun 2011? Terbaru dividen untuk 2010 juga sebanyak 15%.

Ada call Bank Rakyat untuk mengetahu lebih lanjut dan mereka cakap although yang diluluskan sebanyak RM1 bilion tapi belum tahu lagi berapa banyak portion akan diagihkan kepada public since board meeting belum diadakan lagi, so kalau yang nak tahu mengenai saham Bank Rakyat ini kenalah tunggu, berapa banyak, kepada siapa, bila, macam mana dan banyak lagi persoalan yang timbul. So kepada yang sudah dalam senarai menunggu "waiting list", sabar ya, kalau ada tak ke mana saham Bank Rakyat tu. Sistem diaorang down sebab ramai sangat yang bertanya.

Jom baca lebih lanjut:

Sunday, May 15, 2011

Pelabur Saham Bunuh Diri

KESAN PSIKOLOGI PELABUR KEPADA PELABURAN

Beberapa tahun kebelakangan ini, kelakuan kewangan (behavioural finance) telah mula mendapat tempat dalam usaha menerangkan anomali-anomali kewangan dalam pasaran saham. Anomali ini mungkin dianggap kurang penting kerana ianya lebih kepada teori, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tindakan pelabur di pasaran saham.

Apa itu Kewangan Kelakuan?

Kewangan kelakuan adalah kajian untuk menerangkan kelakuan kewangan dari aspek psikologi. Semenjak beberapa tahun yang lepas, pakar psikologi telah menemui dua faktor emosi utama yang menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko iaitu harapan dan kebimbangan. Ada beberapa konsep utama yang akan membantu anda lebih memahami mengapa setengah-setengah pelabur menunjukkan sifat tertentu  apabila membuat keputusan pelaburan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan empat kesan psikologi tersebut:

Psikologi 1: Menyesali keputusan pelaburan yang dibuat

Cuba ingat kembali bila anda gagal untuk mengurangkan kerugian atau apabila terlepas peluang untuk membeli saham yang sepatutnya dibeli kerana anda tahu ia adalah belian yang bagus. Bayangkan apabila harga saham yang tidak dibeli tersebut mula melonjak naik. Sudah pasti anda rasa menyesal kerana tidak membuat tindakan yang sepatutnya. Apakah kesannya kepada keputusan pelaburan anda? Kebanyakan pelabur tidak menjual saham rugi mereka dengan harapan harga saham tersebut akan melonjak semula untuk menghilangkan rasa sesal. Mereka lebih rela untuk rugi atas kertas daripada mengakui bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Dalam setengah-setengah kes, para pelabur akan menyalahkan penasihat kewangan apabila keputusan pelaburan tersebut dicadangkan oleh penasihat kewangan untuk mengelakkan rasa menyesal.. Dalam konteks ini, rasa penyesalan ini memang jelas mempengaruhi pelabur dimana mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan di masa depan.

Psikologi 2: Tidak sanggup menghadapi kerugian

Daniel Kahneman dan Amos Tversky (1979), mengatakan bahawa “We have an irrational tendency to be less willing to gamble with profits than with losses”. Kahneman dan Tversky mendapati, apabila berdepan dengan 2 pilihan iaitu:

-    Pertama, pelabur menerima hakikat bahawa mereka telah mengalami kerugian
-    Kedua, pelabur mendapati masih ada peluang tipis untuk pelaburan tersebut tidak mengalami kerugian

Pelabur biasanya akan memilih pilihan yang kedua. Fenomena ini bermakna orang ramai tidak suka mengalami kerugian. Jadi, apabila terlibat dalam situasi yang merugikan, mereka akan sanggup mengambil risiko biarpun hanya mempunyai harapan yang tipis. Sebaliknya, apabila berdepan dengan keadaan “sure gain” (pasti untung) mereka tidak berani mengambil risiko. Para pelabur yang bersikap begini akan membeli  saham mereka dengan harga saham asal yang dibeli dan tidak menjualnya kembali di pasaran. Pelabur-pelabur sebegitu selalunya akan memegang saham yang telah rugi untuk suatu jangka masa yang terlalu lama dan yang menyebabkan nilai saham itu susut dan merugikan mereka.

Psikologi 3: Bersikap terlalu yakin dengan kemampuan diri

Kajian mendapati bahawa pelabur terutamanya yang masih baru di pasaran biasanya terlalu yakin dengan  kemampuan mereka untuk meramal arah pasaran. Berbanding dengan pelabur berpengalaman, pelabur baru di pasaran biasanya akan menetapkan pulangan yang tinggi dan akhirnya akan tergamam dengan pulangan yang tidak menyebelahi mereka. Akibat daripada sikap terlalu yakin, segelintir pelabur akan kerap melakukan transaksi yang tidak menguntungkan malah merugikan pelaburan mereka. Dengan kemudahan transaksi atas talian, ada yang telah berhenti kerja semata-mata untuk menceburi pasaran saham dengan tanggapan mereka mampu meramal pasaran serta mendapat wang segera. Golongan inilah yang selalunya akan mengalami kerugian yang banyak jika mereka meneruskan hasrat tanpa memahami apa yang dijual beli terutamanya dalam pasaran tidak menentu.

Psikologi 4: Terlalu bergantung dengan prestasi lampau syarikat

Ini adalah fenomena dimana orang ramai akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan prestasi lalu dan menggunakannya untuk meramal masa hadapan. Walaupun kita boleh menggunakan prestasi masa lalu untuk menilai sesebuah syarikat, namun kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya. Ini kerana prestasi lalu tidak menjamin prestasi syarikat dan hanya boleh dijadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan.

Apa yang telah dibincangkan di atas adalah sebahagian daripada fenomena kelakuan kewangan yang dilalui oleh pelabur-pelabur yang berpengalaman. Dengan memahami psikologi disebalik kelakuan pelabur, anda boleh mengenal pasti kesalahan-kesalahan biasa dan mengelak melakukan kesalahan yang sama  pada diri sendiri. Dengan belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang berada di pasaran, menganalisis bagaimana dan apa yang mereka fikirkan, ini boleh membantu anda dalam memahami selok-belok melabur di pasaran kelak.

Wednesday, May 11, 2011

Saya Ajar Anda Cara Main Saham Yang Menguntungkan

Beberapa hari lepas saya ada menyatakan kekecewaan saya kerana tidak memohon IPO TH Plantation Bhd. Sebabnya, IPOnya telah melonjak tinggi pada awal penyenaraiannya. Topik bermain saham ini sudah saya kupas dahulu (saya pun tidak ingat bila, anda boleh check kat Best of SaifulSham!hehe.), akan tetapi banyak soalan yang datang menghujani saya, macam mana nak main saham ni?
Oklah, kita lupakan seketika soal bisnes internet ek, sebab Team SaifulSham boleh bercakap atas 4 topik kepakaran kami:
1) Bisnes Internet
2) Hartanah
3) Saham, Insurans, Unit trust dan lln berkaitan
4) Keusahawanan
So, saya akan pilih topik ke 3 hari ini sebagai maklum balas dar anda semua pembaca SaifulSham yang setia.
Sebelum saya bercakap panjang lebar atas topik kali ini, saya perlu membuat pengunguman. Apa yang anda dengari daripada SaifulSham adalah dari mulut anak muda, saya dan Sabri.
Kedua-dua kami adalah berusia 20 tahun. Ya, kami berdua masih berusia 20 tahun. Lahir tahun 1985, so saya dan Sabri belum lagi masuk hari jadi ke 21, kami berdua adalah anak muda lagi.
Sebetulnya, kami berdua tidak berasa layak untuk digelar pakar kerana kami hanya berkongsi apa yang kami tahu dan kami buat dan kesannya kepada kami. Tetapi, walaupun mungkin terlalu muda, jangan ditipu oleh bayangan usia kami.
Because we make tons of money since we start off our business (especially internet business).
Saya sebenarnya tidaklah suka menayang pendapatan kami kepada umum, tetapi atas banyak sebab, kadangkala kita kena juga tunjuk. Nantikan ada yang berkata, SaifulSham tu cakap banyak, tiru cakap-cakap mat saleh, entah betul entah tidak diorang berjaya.
Apabila tunjuk pula, timbul pula masalah lain. Saya pernah ditanya ketika seminar, mana bukti jika anda berjaya dalam perniagaan internet. Serta merta saya buka file laptop saya dan saya tunjuk apa yang saya save, income Paypal, 2checkout dan juga Maybank.
Dan apabila masalah lain pula timbul (saya tak boleh sebut, nanti ada yang datang cari kami berdua ;p), saya hanya berkata kepada mereka “Thank you, i know most of you do not believe our age with this sum of money, but this is what you too can achieve if you followed our step!”. Huhu, dengan serta merta mereka mengambil pen dan menulis setiap patah perkataan kami!
Ok, berbalik kepada bermain saham. Sebenarnya, saya sudah bermain saham ketika saya berusia 18 tahun. Sejurus lepas SPM. Seperti pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel yang lepas, pada awal pembabitan saya dalam dunia saham, saya banyak di pandu bapa saya.
Sehingga hari ini, jika ada saham-saham baru terutama IPO, saya akan telefon bapa saya dan bertanya. “Abah, ni kompeni ni nak kua IPO. Ok ke tak time skang ni? Nak apply?”
Bapa saya selalunya suka menjawab “Nanti abah study dlu kompeni tu, kalau market ok, kita apply”.
Seingat saya antara kompeni yang pernah saya pegang sahamnya adalah KLCC Properties Bhd, Digi Bhd., Scomi Group dan lain-lain. Banyaklah juga.
Memang saya akui tidak ramai pelajar yang bermain saham ketika belajar. Sebabnya adalah modal dan tiada pengetahuan akan peluang potensi bermain saham. Saya belajar di universiti yang memang pure engineering, maka mentaliti pelajar disini adalah menjadi jurutera sahaja.
Memang baik dan bagus sekali menjadi jurutera (Malaysia kan tak cukup jurutera) tetapi saya rasa itu sahaja tidak mencukupi jika kita mahu berjaya dalam kerjaya kelak. Sebetulnya tidak ramai yang berminat akan keusahawanan di universiti saya, alasan yang paling biasa saya dengar:
1) Lepas ni peluang cerah nak kerja dengan syarikat minyak gergasi. Lagi tinggi dibayar. Boleh kerja di luar negara. Income USD dollar lagi (itupun kalau awak dapat, pointer awak tu berapa je)
2) Buat ape susah nak fikir cari duit sendiri, bila dah jadi engineer nanti, gaji boleh belas-belas ribu. Kalau tak pakai mercedes umur 40, tak payahlah belajar kat sini ( itu hanya angan awak, bukan senang nak dapat tahap tu, ramai yang saya jumpa memang tidak cukup duit walaupun gaji berbelas ribu, believe me, friends of my father ramai macam tu)
3) Aku takde bakat bisnes. Ko lain la, dulu kt MRSM ambil Akaun, aku ambil biologi. (Alasan sahaja!)
4) Aku bersyukur apa yang aku dah dapat hari ni. Aku taknak kaya, aku kalau dah hidup bahagia pun dah tenang ( lagi satu lurus bendul)
Macam-macam lagilah alasan ketika saya cuba mempromosikan untuk join kelab usahawan di universiti saya.
Ok, berbalik pada main saham (sudah jauh saya menyimpang ni), ada teknik tertentu yang boleh anda ikuti.
Saya tidak akan bercakap jika saya tidak tahu, tetapi seperti yang saya beritahu “I make tons of money with stock market”.
My dad make milions since he involved in stock trading in 1983 till now!. Yes, itulah kebenarannya. Saya tahu ada lagi orang yang buat berjuta ringgit dalam dunia saham tetapi mereka ini lebih suka berahsia kejayaan mereka dari berkongsi to the public.
Bapa saya bermain saham ketika beliau masih belajar di UKM, Bangi. Mak saya pernah beritahu saya ” Mama pelik jugak ngn abah Wan time muda-muda dulu. Time belajar dekat UKM, ada-ada sahaja belanja mama makan best2. Setiap kali ajak mama keluar, makan bukan tempat biasa-biasa. Ada duit jugak abah Wan dulu. Pernah abah beli jam tangan kat mama time birthday mama…lama-lama baru mama tahu, abah Wan main saham masa itu!” (Jangan dikisahkan kisah cinta zaman 80-an ;p, saya mahu tekankan kepada main saham sahaja :p)
So, apakah cara untuk bermain saham ketika masih belajar ini. Beginilah saya kongsikan lagi sedikit pengetahuan saya ini.
Bermain saham sudah tentu, paling banyak modal, paling tinggi peluang untuk menjadi kaya. Sebab itu, pelabur yang datang melabur di pasaran saham bukannya melabur ratus-ratus ringgit, selalunya paling kurang puluhan ribu dan paling banyak pun juta ringgit.
Tetapi itu pelabur besar, saya tahu pelajar-pelajar seperti saya tidak mampu untuk sampai di tahap itu lagi.
Jadi, saya kongsi apa yang saya pernah buat ” Start small and finish big”
Tak mengapa anda bermula dengan modal ribuan ringgit sahaja, kerana satunya saya mahu golongan muda ini belajar cara bermain saham. Sebabnya, jika kita golongan pelajar hendak tunggu sampai ke tua, kumpul dulu duit sampai ratus ribu baru hendak main saham, saya kira susah.
Hari ini anda boleh bercakap untuk kumpul duit tunggu sampai tua, tetapi kebanyakannya, tidak sampai 10 peratus pun boleh melakukannya. Sudah tua, lagi banyak komitmen,maka lagi banyak duit diperlukan ke tempat lain, maka tidak sempatlah anda untuk belajar dan menceburi dunia saham.
Dunia saham adalah lubuk emas jika kita tahu caranya. Seriously talking.
Sebab itu, saya tidak kisah jika kita golongan muda mahu mencuba saham biar dengan modal kecil-kecilan. Because u will learn something. Pengalaman kita yang menjadikan kita semakin matang. Pengalaman itulah yang mahal sebenarnya.
Jadi sebelum bermain saham; mari teliti dahulu beberapa persiapan
1)Ada akaun bank simpanan di Maybank atau BCB (yes, kedua-dua bank ini membuka permohonan saham di ATM Machine, saya tak kaji bank lain macam mana, maaf ya, hehe)
2)Buka akaun CDS (syarat umur 18 tahun ke atas). Pergilah mana-mana pejabat sekuriti dan berdaftar akaun CDS. Contohnya : KL Securities Sdn Bhd.) Syarat lagi, akaun CDS itu mesti tally dengan akaun bank kita.
3) Duit busuk-busuk pun RM10k kebawah.
4) Study market, komopeni.
5) Mohonlah saham anda (digalakkan IPO sahaja buat newbie)!
Ya, ya, dan ya. Saya tidak pernah bermain saham selain saham IPO. Bapa saya lainlah, modal dia besar. Tetapi saya yang kecil sekecil ikan bilis ini hanya main saham IPO. Tetapi ingat, i still make tons of money with IPO. Jangan perkecilkan IPO.
Tetapi, IPO pun ada time dia. Macam saham biasa juga, bukan sesuka hati boleh memohon IPO. Saya selalunya perhatikan dahulu keadaan pasaran saham semasa dan asas syarikat yang saya ingin laburkan IPO itu.
Pertama: Kalaulah keadaan pasaran saham seperti waktu ini, (minyak dunia naik sampai USD70 setong), bursa malaysia pun selalu naik turun, saya akan menjauhi pasaran saham biarpun semua IPO yang bakal disenaraikan mencatatkan premium (keuntungan).
Sebabnya, saya pelabur ikan bilis, apa-apa boleh terjadi pada saya. Saya perlukan sesuatu rangsangan yang benar-benar boleh membawa saya kembali pada dunia saham. (Sebab itu saya tidaklah kisah sangat tidak memohon IPO TH Plantation baru-baru ini, cuma merasa sedikti rugi sahaja)
Saya hanya memasuki pasaran apabila trend bulis (meningkat) itu pada tempoh sederhana. Maksud saya, dalam 2,3 minggu, pasaran Bursa Malaysia mengalami kenaikan berturut-turut, maka saya berani membuat kemunculan.
Satu lagi, dalam memohon IPO, nilai juga asas syarikat yang ingin kita pohon itu. Kita kena kajila sedikit latar belakang syarikat tersebut. ( Tetapi dalam banyak kes, saya hanya langgar sahaja. Sebabnya, kalau trend IPO ketika itu premium, dan Bursa Malaysia pun sedang bulis, saya memang akan main apply sahaja IPO itu) —-ini agak berisiko tetapi sehingga pengalaman saya, ia boleh diguna pakai jika kondisi pasaran adalah seperti dinyatakan. Jika tidak, kajilah betul-betul syarikat tersebut.
Huhu…panjangnya…baiklah, nanti kita bersambung lagi cakap-cakap mengenai IPO~ Kita sambung topik ini dalam sehari dua lagi.

Monday, May 9, 2011

Dah mati pun Boleh Dapat Duit

Mendiang Raja Pop Michael Jackson mencatat pendapatan paling tinggi sejak 10 tahun lalu berbanding mana-mana penyanyi atau pelakon yang masih hidup mahupun sudah mati.
Anehnya, Michael tidak pernah tersenarai dalam 100 selebriti tahunan pilihan majalah Forbes sepanjang hidupnya. Namun, selepas kematiannya, dia mencatat pendapatan paling tinggi sepanjang tahun lalu selain Oprah Winfrey.

Jackson bukan saja menduduki tangga pertama senarai terbaru itu tetapi turut menewaskan 12 lagi selebriti yang berada dalam senarai itu selama ini.

Malahan, nilai hartanah miliknya sepanjang 12 bulan lebih tinggi daripada pendapatan dua bintang paling hebat tahun ini iaitu U2 dan AC/DC. Pendapatan selepas kematiannya diperoleh daripada keuntungan saham dalam katalog Sony/ATV, filem popular terbitan Sony, 'This Is It' dan kegilaan peminat terhadap muzik, video dan apa juga barangan berjenama Michael Jackson.


Selebriti yang sudah meninggal dunia perlu memperoleh sekurang-kurangnya AS$5 juta (RM16 juta) antara 1 Oktober 2009 hingga 1 Oktober 2010 untuk termasuk dalam senarai tahun ini.

Berikut kedudukan 10 selebriti yang sudah mati tetapi masih meraih pendapatan lumayan dalam senarai yang dikeluarkan majalah Forbes.


1- Michael Jackson
Pendapatan: AS$275 juta (RM880 juta)
Pemuzik
Tarikh mati: 25 Jun 2009
Umur: 50 tahun
Punca: Pengambilan dadah berlebihan

Michael meninggal dunia pada musim panas tahun lalu tetapi memperoleh pendapatan sebanyak AS$275 juta (RM880 juta) lebih tinggi berbanding dua selebriti yang masih hidup iaitu U2 dan AC/DC yang mencatat pendapatan paling tinggi.


2- Elvis Presley
Pendapatan AS$60 juta (RM192 juta)
Penyanyi, pelakon
Tarikh mati: 16 Ogos 1977
Umur: 42 tahun
Punca: Serangan jantung

Pendapatan Raja Rock n Roll meningkat kepada AS$60 juta (RM192 juta), naik AS$5 juta (RM16 juta) berbanding tahun lalu hasil daripada kutipan tiket untuk melawat Graceland dan pelancaran Elvis Presley Cirque du Soleil di Las Vegas pada awal tahun ini. Selain itu, jualan barangan berjenama Elvis Presley ketika sambutan ulang tahun kematian Raja Rock n Roll itu turut menjana pendapatan.


3- J R R Tolkien
Pendapatan: AS$50 juta (RM160 juta)
Penulis
Tarikh mati: 2 September 1973
Umur: 81 tahun
Punca: Pendarahan ulser

Walaupun filem terakhir Lord of the Rings ditayangkan lapan tahun lalu tetapi Tolkien masih hangat dibincangkan di Hollywood. Dua filem adaptasi daripada bukunya 'The Hobbit' kini hampir siap, Perhatian yang diberikan Hollywood membantu penjualan buku Tolkien dan berdasarkan statistik yang dikumpulan oleh syarikat Nielsen, bukunya sudah terjual sebanyak 500,000 naskhah tahun lalu.


4- Charles Schulz
Pendapatan: AS$33 juta (RM105.6 juta)
Kartunis
Tarikh mati: 12 Februari 2000
Umur: 77
Punca: Barah usus

Jenama Peanuts bertukar pemilik lagi pada tahun ini apabila Iconix membeli karakter kartun itu pada harga AS$175 juta (RM560 juta) untuk membentuk Peanuts Worldwide, LLC. Dengan pemilikan baru itu, rakan kongsi karya Charles M Schulz mengekalkan 20% saham dalam syarikat berkenaan. Schulz masih menjana pendapatan daripada karakter kartunnya yang terbit dalam 2,200 akhbar di 75 negara.


5- John Lennon
Pendapatan: AS$17 juta (RM54.4 juta)
Pemuzik
Tarikh kematian: 8 Disember 1980
Umur: 40 tahun
Punca: Dibunuh

Sudah hampir 30 tahun anggota kumpulan The Beatles', John Lennon dibunuh di New York City. Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-70 penyanyi itu, EMI melancarkan kempen 'Gimme Some Truth' dan menghasilkan semula lagu Lennon hingga tersenarai semula dalam carta Top 10. Pendapatan hartanahnya diperoleh melalui permainan video 'Beatles Rock Band' serta lesen untuk Cisco dan Mont Blanc.


6- Stieg Larsson
Pendapatan: AS$15juta (RM48 juta)
Penulis
Tarikh mati: 9 November 2004
Umur: 50 tahun
Punca: Sakit jantung

Larsson meninggal dunia sebelum buku 'The Girl With The Dragon Tattoo' diterbitkan, menyebabkan dia tidak dapat melihat kejayaan besar tiga siri buku karyanya yang lebih dikenali sebagai 'The Millennium Trilogy'. Lebih 40 juta naskhah buku itu terjual dalam 44 bahasa di seluruh dunia dan Sony sedang menerbitkan filem berdasarkan buku itu yang akan dibintangi Daniel Craig dengan melakonkan watak Mikael Blomkvist.


7- Dr Seuss (Theodor Geisel)
Pendapatan: AS$11 juta (RM35.2 juta)
Penulis
Tarikh mati: 24 September 1991
Umur: 87 tahun
Punca: Sakit tua

Dr Seuss ialah penulis buku kanak-kanak paling laris dalam sejarah. 'Horton the Grinch' dan karakter terkenal lain dalam bukunya kini diperoleh pembaca melalui iPhone dan taman tema Universal Studio di Orlando, Florida. Menurut Nielsen, tiga juta buku itu sudah dijual tahun ini.


8- Albert Einstein
Pendapatan: AS$10 juta (RM32 juta)
Saintis
Tarikh mati: 18 April 1955
Umur: 76 tahun
Punca: Sakit tua

Nama Einstein yang dikaitkan dengan kecerdikan terus digunakan dalam produk bayi Einstein rekaan Disney yang bertujuan mendorong bayi menjadi bijak. Selain itu, kempen 'Face Value' Banca Profilo di Itali, iklan jenama Chrysler's Ram dan koleksi kaca mata A J Morgan turut menghasilkan pendapatan untuk Einstein. Kediaman saintis itu juga dijadikan permainan video melalui permainan uji minda Nintendo DS yang dijual pada harga AS$50 (RM160).


9- George Steinbrenner
Pendapatan: AS$8 juta (RM25.6 juta)
Pemilik francais sukan
Tarikh mati: 13 Julai 2010
Umur: 80 tahun
Punca: Sakit jantung

Sukan profesional tidak mempunyai pemilik francais yang lebih terkenal selain George Steinbrenner. Bos kelab The New York Yankees itu berjaya membawa kelab itu meraih kejuaraan, membeli stadium baru di Bronx dan membawa kelab itu mencipta nama seluruh dunia. Walaupun Steinbrenner sudah meninggal dunia, dia masih memperoleh pendapatan selagi Yankee terus meraih kejuaraan.


10- Richard Rodgers
Pendapatan: AS$7 juta (RM22.4 juta)
Penulis lirik
Tarikh mati: 30 Disember 1979
Umur: 77 tahun
Punca: Penyakit kronik

Pada 2009, kumpulan muzik Imagem Belanda membeli hak cipta milik lagu ciptaan Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein dengan nilai AS$200 juta (RM640 juta). Tanpa aset itu, Rogers masih tetap menduduki senarai Forbes melalui hasil kerjanya bersama Lorenz Hart. Lagu 'My Funny Valentine' dan 'The Lady is a Tramp' yang ditulisnya dan hingga kini masih menjadi kegemaran ramai. - Agensi

Pameran dagangan Islam optimis raih RM181j

PERSIDANGAN dan pameran Zon Perniagaan dan Pelaburan Dunia Islam kedua (Muslim World Biz) 2011 anjuran OIC International Business Centre, yang akan berlangsung 8 hingga 11 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dijangka mampu mencatat jumlah dagangan keseluruhan mencecah AS$60 juta (RM181 juta).
Pengerusinya, Tan Sri Elyas Omar berkata, penganjuran acara itu bertujuan untuk mengembang dan mempromosikan kerjasama ekonomi, sekali gus meningkatkan dagangan membabitkan pasaran 1.6 bilion masyarakat Islam di seluruh dunia.

Katanya, sebanyak 50,000 pengunjung dijangka melawat acara itu yang membabitkan persidangan dua hari dan pameran (empat hari).
“Sebanyak 350 syarikat tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai acara ini membabitkan 30 negara. Sejumlah 500 tapak gerai pameran disediakan.

“Kira-kira 50 peratus sudah mengesahkan penyertaan membabitkan negara luar antaranya Indonesia, Brunei, Pakistan, Iran, Singapura, Turki, Australia, kanada, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya pada sidang media sempena acara berkenaan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, peserta dan delegasi yang menyertai pameran berkenaan mewakili pelbagai industri antaranya makanan halal, pelancongan, hartanah, bioteknologi dan teknologi hijau; pendidikan, IT dan telekomunikasi; perbankan dan pelaburan serta sektor perkhidmatan.