AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240

AIR ZAMZAM 1KOTAK 24 BOTOL 500ML RM240
Kos pos dibayar oleh pembeli

Sunday, May 15, 2011

Pelabur Saham Bunuh Diri

KESAN PSIKOLOGI PELABUR KEPADA PELABURAN

Beberapa tahun kebelakangan ini, kelakuan kewangan (behavioural finance) telah mula mendapat tempat dalam usaha menerangkan anomali-anomali kewangan dalam pasaran saham. Anomali ini mungkin dianggap kurang penting kerana ianya lebih kepada teori, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tindakan pelabur di pasaran saham.

Apa itu Kewangan Kelakuan?

Kewangan kelakuan adalah kajian untuk menerangkan kelakuan kewangan dari aspek psikologi. Semenjak beberapa tahun yang lepas, pakar psikologi telah menemui dua faktor emosi utama yang menggalakkan pelabur untuk mengambil risiko iaitu harapan dan kebimbangan. Ada beberapa konsep utama yang akan membantu anda lebih memahami mengapa setengah-setengah pelabur menunjukkan sifat tertentu  apabila membuat keputusan pelaburan. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan empat kesan psikologi tersebut:

Psikologi 1: Menyesali keputusan pelaburan yang dibuat

Cuba ingat kembali bila anda gagal untuk mengurangkan kerugian atau apabila terlepas peluang untuk membeli saham yang sepatutnya dibeli kerana anda tahu ia adalah belian yang bagus. Bayangkan apabila harga saham yang tidak dibeli tersebut mula melonjak naik. Sudah pasti anda rasa menyesal kerana tidak membuat tindakan yang sepatutnya. Apakah kesannya kepada keputusan pelaburan anda? Kebanyakan pelabur tidak menjual saham rugi mereka dengan harapan harga saham tersebut akan melonjak semula untuk menghilangkan rasa sesal. Mereka lebih rela untuk rugi atas kertas daripada mengakui bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Dalam setengah-setengah kes, para pelabur akan menyalahkan penasihat kewangan apabila keputusan pelaburan tersebut dicadangkan oleh penasihat kewangan untuk mengelakkan rasa menyesal.. Dalam konteks ini, rasa penyesalan ini memang jelas mempengaruhi pelabur dimana mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan di masa depan.

Psikologi 2: Tidak sanggup menghadapi kerugian

Daniel Kahneman dan Amos Tversky (1979), mengatakan bahawa “We have an irrational tendency to be less willing to gamble with profits than with losses”. Kahneman dan Tversky mendapati, apabila berdepan dengan 2 pilihan iaitu:

-    Pertama, pelabur menerima hakikat bahawa mereka telah mengalami kerugian
-    Kedua, pelabur mendapati masih ada peluang tipis untuk pelaburan tersebut tidak mengalami kerugian

Pelabur biasanya akan memilih pilihan yang kedua. Fenomena ini bermakna orang ramai tidak suka mengalami kerugian. Jadi, apabila terlibat dalam situasi yang merugikan, mereka akan sanggup mengambil risiko biarpun hanya mempunyai harapan yang tipis. Sebaliknya, apabila berdepan dengan keadaan “sure gain” (pasti untung) mereka tidak berani mengambil risiko. Para pelabur yang bersikap begini akan membeli  saham mereka dengan harga saham asal yang dibeli dan tidak menjualnya kembali di pasaran. Pelabur-pelabur sebegitu selalunya akan memegang saham yang telah rugi untuk suatu jangka masa yang terlalu lama dan yang menyebabkan nilai saham itu susut dan merugikan mereka.

Psikologi 3: Bersikap terlalu yakin dengan kemampuan diri

Kajian mendapati bahawa pelabur terutamanya yang masih baru di pasaran biasanya terlalu yakin dengan  kemampuan mereka untuk meramal arah pasaran. Berbanding dengan pelabur berpengalaman, pelabur baru di pasaran biasanya akan menetapkan pulangan yang tinggi dan akhirnya akan tergamam dengan pulangan yang tidak menyebelahi mereka. Akibat daripada sikap terlalu yakin, segelintir pelabur akan kerap melakukan transaksi yang tidak menguntungkan malah merugikan pelaburan mereka. Dengan kemudahan transaksi atas talian, ada yang telah berhenti kerja semata-mata untuk menceburi pasaran saham dengan tanggapan mereka mampu meramal pasaran serta mendapat wang segera. Golongan inilah yang selalunya akan mengalami kerugian yang banyak jika mereka meneruskan hasrat tanpa memahami apa yang dijual beli terutamanya dalam pasaran tidak menentu.

Psikologi 4: Terlalu bergantung dengan prestasi lampau syarikat

Ini adalah fenomena dimana orang ramai akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan prestasi lalu dan menggunakannya untuk meramal masa hadapan. Walaupun kita boleh menggunakan prestasi masa lalu untuk menilai sesebuah syarikat, namun kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya. Ini kerana prestasi lalu tidak menjamin prestasi syarikat dan hanya boleh dijadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan.

Apa yang telah dibincangkan di atas adalah sebahagian daripada fenomena kelakuan kewangan yang dilalui oleh pelabur-pelabur yang berpengalaman. Dengan memahami psikologi disebalik kelakuan pelabur, anda boleh mengenal pasti kesalahan-kesalahan biasa dan mengelak melakukan kesalahan yang sama  pada diri sendiri. Dengan belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang berada di pasaran, menganalisis bagaimana dan apa yang mereka fikirkan, ini boleh membantu anda dalam memahami selok-belok melabur di pasaran kelak.

1 comment:

  1. Hai Teman ..kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )
    Untuk info lebih lanjut :
    WA : +8558692773
    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete